Pusat Kajian CILAS

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Bengkel

Bengkel Semakan Dokumen Kurikulum Sarjana Hak Asasi Manusia

Pada 11-12 September 2023, Bengkel Semakan Dokumen Kurikulum Sarjana Hak Asasi Manusia telah diadakan di Bangi Resort Hotel.

Bengkel ini bertujuan untuk mengisi semakan dokumen bagi program Sarjana Hak Asasi Manusia. Bengkel ini juga telah menjemput wakil daripada pihak Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum, UKM-Shape, dan Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM) bagi perkongsian pandangan dan pengetahuan.

Bengkel Semakan Pencapaian MyRA, Strategi Tahun 2023 dan Hala Tuju Pusat-Pusat FUU

Pada 2-5 November 2023, Bengkel Semakan Pencapaian MyRA, Strategi Tahun 2023 dan Hala Tuju Pusat-Pusat FUU telah diadakan di Primula Beach Hotel, Terengganu.

Bengkel tersebut dihadiri oleh Dekan FUU, Prof. Madya Dr. Jady@Zaidi Hassim, Timbalan Dekan Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Prof. Madya Dr. Rasyikah Md. Khalid, Timbalan Dekan Jaringan Alumni Dr. Muhamad Helmi Md Said, dan Pengerusi-pengerusi Pusat (CILAS & MyCoL) serta ahli pengurusan dan pentadbiran.