CITRA 1

CITRA 1 – Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan

Etika, kewarganegaraan & ketamadunan merupakan elemen penting dalam pembinaan diri serta profesionalisme pelajar, yang meliputi aspek jasmani (fizikal), aspek rohani, naluri, sosial dan akal (kognitif). Kemajuan tamadun dunia juga bertitik tolak daripada sikap toleransi yang tinggi, hormat-menghormati, mempunyai interaksi budaya dan hubungan sosial yang aktif. Citra ini bermatlamat mengenali asal-usul dan asas bagi setiap agama atau kepercayaan. Melalui Citra ini pelajar dapat menonjolkan sikap yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara dengan menyumbang idea atau melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat dan negara. Citra ini juga memberi kesedaran tentang peranan, hak dan tanggungjawab dalam masyarakat dan negara. Ini bertujuan untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik, menjunjung keluhuran perlembagaan dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Citra Etika, kewarganegaraan & ketamadunan mencakupi kursus-kursus berkaitan dengan etika, etika gunaan, falsafah, perlembagaan, alam dan manusia, nilai akhlak, moral, keterampilan, wibawadiri, karisma, kualiti, tingkah laku individu, adab, kesopanan dan personaliti. Citra ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai etika, bertamadun, patriotik, pegangan nilai murni dan bersahsiah tinggi dalam kehidupannya.

Hasil Pembelajaran Citra (HPC 1) Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan

I. Berupaya mengurus kepelbagaian etnik, budaya dan agama untuk mencapai kesepaduan sosial. (C3)

II. Berupaya memberi maklumbalas terhadap isu-isu berkaitan etika, nilai, sahsiah, kewarganegaraan dan jati diri kebangsaan dalam masyarakat dan negara. (P3)

III. Berkebolehan membina hubungan dengan anggota masyarakat pelbagai kaum demi kesejahteraan pembangunan dan perpaduan negara. (A4)

 

SENARAI KURSUS CITRA 1

(Senarai Kursus Sedang Dikemaskini)