Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

CITRA 3

CITRA 3 – Penaakulan Kuantitatif & Kualitatif

Salah satu fokus kepada falsafah pendidikan Malaysia ialah untuk memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Untuk melahirkan graduan yang berminda intelek, keupayaan untuk membuat penaakulan telah dikenalpasti sebagai satu ciri penting. Membuat penaakulan bermaksud membuat pertimbangan berdasarkan fakta dan konteks sesuatu situasi. Fakta diperoleh menerusi data yang didapati melalui kaedah penyiasatan samada kualitatif atau kuantitatif, atau menggunakan teknik dalam matematik dan statistik, manakala konteks pula merangkumi aspek ekosistem yang terlibat dalam sesuatu situasi seperti sistem nilai dan kepercayaan, andaian, emosi, personaliti dan sebagainya. Citra ini merangkumi pengetahuan yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan, matematik dan statistik, pemikiran kritis dan pembuatan keputusan. Matlamat Citra ini ialah untuk memberi panduan kepada pelajar membuat penaakulan menggunakan bukti secara empirik (kualitatif dan kuantitatif) dengan menggunakan prinsip penyelidikan saintifik, matematik, statistik dan prinsip pembuatan keputusan berlandaskan kepada aspek-aspek kontekstual dalam sesuatu masyarakat. Apa yang dimaksudkan kontekstual ialah dengan mengambilkira aspek-aspek penting seperti sistem nilai dan kepercayaan, andaian, kawalan keatas keputusan, dan falsafah penubuhan organisasi.

Hasil Pembelajaran Citra (HPC) Kursus Citra Penaakulan Kuantitatif & Kualitatif

I. Menjelas dan meneliti konsep dan perkembangan pemikiran saintifik. (C3)

II. Mengaplikasi dan mengikuti pemikiran logik dan penaakulan secara empirikal dalam menghasilkan penyelidikan. (P3)

III. Menghubungkaitkan prinsip pemikiran kritis, matematik, statistik, analisis dan pembuatan keputusan dalam kehidupan. (A4)

 

SENARAI KURSUS CITRA 3 

(Senarai Kursus Sedang Dikemaskini)