CITRA 5

CITRA 5 – Sains, Teknologi & Kelestarian

Kemajuan Sains dan Teknologi member kesan yang besar terhadap kelestarian alam sekitar dan masyarakat. Individu yang berpengetahuan dan peka seharusnya mengambil berat tentang perkara tersebut Memandangkan pembangunan teknologi diperlukan untuk pembangunan negara, adalah sangat penting bagi pelajar dan pengajar mensepadukan ilmu sains dan teknologi dengan sains social dalam membincangkan isu berkaitan teknologi dan kesannya terhadap kelestarian persekitaran dan masyarakat. Citra Sains, Teknologi dan Kelestarian mengambilkira penawaran kusus yang memfokuskan kepada falsafah, etika dan aspek social teknologi terhadap alam sekitar dan masyarakat. Kandungan kursus merangkumi bagaimana masyarakat membentuk, mengaplikasi dan bertindakbalas terhadap teknologi. Kadar perkembangan teknologi yang pesat memerlukan pertimbangan yang teliti dan bermakna kearah teknologi yang mencerminkan perkongsian nilai masyarakat dan persekitaran. Kursus dalam Citra ini mendedahkan pelajar mengenai perspektif yang holistic terhadap penerapan dan penggunaan teknologi. Secara keseluruhannya, kursus ini mengambilkira isu sains dan teknologi dalam kehidupan manusia dan kelestarian persekitaran.

Hasil Pembelajaran Citra (HPC 5) Sains, Teknologi & Kelestarian

I. Berkebolehan berdebat dan memberikan pandangan tentang aplikasi terkini sains dan teknologi (A3)

II. Berkebolehan untuk menilai dan memberi respons berkaitan impak sains dan teknologi terhadap masyarakat dan kelestarian (P3)

III. Berkebolehan untuk menghubungkan ilmu sains dan teknologi secara holistik dalam kehidupan seharian (A4)

 

SENARAI KURSUS CITRA 5

(Senarai Kursus Sedang Dikemaskini)