Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

CITRA 6

CITRA 6 – Kekeluargaan, Kesihatan & Gaya Hidup

Kekeluargaan, kesihatan dan gaya hidup berkait rapat dengan keseimbangan diri individu untuk menggunakan potensinya secara optimal dalam kehidupan seharian. Keseimbangan diri merangkumi segala pemikiran, perasaan, sikap dan kelakuan seseorang untuk menyumbang kepada masyarakat. Individu haruslah sihat daripada aspek fizikal, minda, sosial dan kerohanian. Kesihatan individu berpunca daripada keluarga yang sihat. Perbincangan tentang kekeluargaan merangkumi pelbagai takrifan keluarga, danhubungan asas dan intergenerasi seperti suami isteri, ibubapa, anak, adik beradik dan kejiranan. Pendidikan awal dalam keluarga membentuk sahsiah diri, kelakuan dan gaya hidup yang sihat. Dinamika keluarga sejahtera bermakna wujudnya sokongan kepuasan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup individu dan masyarakat. Citra ini memberi pengetahuan, pendedahan dan kemahiran praktikal secara holistik kepada pelajar tentang kekeluargaan, kesihatan dan gaya hidup sihat.

Hasil Pembelajaran Citra (HPC) Kursus Citra Kekeluargaan, Kesihatan & Gaya Hidup

I. Berupaya membina kesedaran/penghayatan kepada kepelbagaian dalam keluarga. (C3)

II. Berkebolehan menghasilkan pelan tindakan gaya hidup sihat dan sejahtera di peringkat individu dan keluarga. (P3)

III. Berupaya menghubungkait isu-isu semasa yang melibatkan perundangan, teknologi, ekonomi, psiko-kerohanian dalam kekeluargaan dan kesihatan. (A4)

 

SENARAI KURSUS CITRA 6

(Senarai Kursus Sedang Dikemaskini)