Dekan PPCU sebagai Penceramah Ucaptama di Science & Industry Innovation (SII) Conference, Mesir

Kepakaran serta kesarjanaan warga Citra terus diiktiraf bukan sahaja di dalam, malah di luar negara. Dekan Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU) UKM, Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor telah diundang sebagai penceramah ucaptama dalam Persidangan Science & Industry Innovation (SII) yang telah diadakan pada 5 Mac 2023 di Pusat Persidangan Universiti Beni Suef, Kornish El-Nile, Beni-Suef, Mesir.

Prof. Dr. Khairul Anwar telah menyampaikan ucaptamanya yang bertajuk Workbased Learning: A Practical Approach to University Industry Linkage dalam sesi 1 persidangan tersebut yang dipengerusikan oleh Prof. Mohamed Sayed Abdelhamed, Timbalan Dekan Hal-Ehwal Penyelidikan dan Pengajian Pascasiswazah, Fakulti Sains, Universiti Beni-Suef.