KURSUS ASAS MEMBINA SISTEM MAKLUMAT DENGAN MUDAH MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS

Pengajar: En. Muhammad Yazid Othman (Pusat CITRA)
Tarikh : 15 Februari 2023
Masa : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pusat Pengajian CITRA, Universiti Kebangsaan Malaysia

Evolusi dunia pendigitalan dan kesannya terhadap budaya kerja kini menyebabkan perlunya integrasi aplikasi/program komputer untuk memastikan perjalanan kerja lebih lancar. Atas dasar itu, Kursus Asas Membina Sistem Maklumat dengan Microsoft Access telah dijalankan pada 15 Februari 2023 yang lalu di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Citra UKM. Kursus ino

Kursus ini dijalankan bagi memberi kemahiran membina Sistem Penyimpanan Maklumat dengan menggunakan perisian Microsoft Access. Kemahiran yang diperolehi oleh peserta di selepas mengikuti kursus ini boleh digunakan dalam meningkatkan Kompetensi kakitangan UKM / Penjawat Awam dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Kursus anjuran Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) itu dikendalikan oleh En. Muhammad Yazid Othman dari PPCU selaku penceramah.

Antara pengisian program ialah:

1. Memberi pendedahan mengenai asas cara membuat Sistem menggunakan Microsoft Access
2. Memberi pendedahan mengenai Cara membuat Table Data
3. Peserta akan diajar cara membuat Form
4. Peserta akan diajar cara memindahkan data dari MS Access ke Template Document seperti Microsoft Word
5. Peserta akan diajar cara memindahkan data dari MS Access ke Template Document seperti Microsoft Excel
6. Peserta akan diajar cara memindahkan data dari google sheet dan Microsoft Excel ke dalam Sistem Microsoft Access.

Tahniah kepada KESUMA dan En. Yazid atas kursus yang sangat bermanfaat ini.