LAWATAN KERJASAMA PUSAT PENGAJIAN CITRA UNIVERSITI, UKM KE YAYASAN RESTU

Tarikh: 07 Mac 2023 (Selasa)

Masa: 2.30- 5.30 ptg

Tempat: Nasyrul Quran, Putrajaya

Pihak Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU) UKM telah mengadakan lawatan ke Yayasan Restu pada 7 mac 2023 yang lalu iaitu hari Selasa. Tujuan lawatan ini dijalankan adalah bagi menjalinkan kerjasama mobiliti pelajar kepada pelajar Sarjana Sains Muda Sains Citra UKM. Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang program tersebut ialah jemputan penceramah CEO Talk dan perkongsian kepakaran dalam pengajaran. Delegasi UKM diketuai oleh Dr. Rozita Ibrahim (Ketua Program SnSm Citra) manakala Yayasan Restu oleh Datuk Abdul Latiff Mirasa (Pengerusi Eksekutif).