MINGGU ASPIRASI WATAN DI PPCU

Tarikh: 10 Oktober 2022

Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: Foyer PPCU, Bilik Mesyuarat PPCU

Pada 10 Oktober 2022, pihak Jawatankuasa Minggu Aspirasi Watan PPCU telah menyambut pelajar-pelajar baharu Sarjana Muda Sains Citra seramai 33 orang. Sambutan bermula seawal 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Terdapat beberapa sesi yang telah disediakan untuk diikuti oleh warga PPCU yang baharu, termasuklah sesi Amanat Dekan, Sesi Kenali Pengurusan Citra, Citra Cemerlang dan Eksplorasi Citra untuk memberi pengenalan kepada C1-C6 yang ditawarkan oleh fakulti. Sepanjang sambutan diadakan, ahli-ahli jawatankuasa MAW PPCU telah menyediakan pelbagai persembahan menarik serta meragakan kepelbagaian dalam pemilihan pakaian untuk menzahirkan elemen ‘wow’ PPCU yang bersifat rentas-disiplin. 

Selamat datang diucapkan kepada para pelajar baharu Sarjana Muda Sains Citra dan selamat maju jaya!