PERSIDANGAN PENDIDIKAN UMUM: CONFERENCE ON GENERAL EDUCATION, PEDAGOGY AND ASSESSMENTS, AAC&U 2023

Tarikh: 9-11 Februari 2023
Tempat: New Orleans, US
Penganjur: The American Association of Colleges and Universities (AAC&U)

“Institutions don’t innovate; individuals working with and for them do. Cutting-edge curricular models emerge when creative educators collaborate to change existing practices and structures” – AAC&U (2023)

Pusat Pengajian Citra Universiti yang diwakili oleh Dekan, Prof. Dr Khairul Anwar Mastor dan Timbalan Dekan (Kompetensi Komunikasi), Prof. Madya Dr Zarina Othman, telah menyertai dan membentangkan pengalaman CITRA UKM dalam pengstrukturan semula pendidikan umum (general education) di UKM. Bertemakan The Innovation Imperative: Empowering, Celebrating, and Rewarding Campus Change Agents, persidangan secara hybrid ini menjadi platform perkongsian untuk memperkasakan dan meraikan perubahan yang telah direka dan direalisasikan oleh institusi pendidikan dan pengajian tinggi dalam memenuhi keperluan pelajar semasa dan hadapan.