PROGRAM SULAM KASEH WARGA EMAS 2.0

Tarikh: 28 Mei 2022

Masa: 9.00 pagi

Tetamu Kehormat/Perasmi:

Prof. Madya Dr. Fazilah Binti Idris

Dr. Wardah binti Mustafa Din

Objektif Progam:

Antara objektif program ini adalah bagi membuka mata mahasiswa/i berkenaan isu-isu kemasyarakatan terutamanya terhadap warga emas yang kurang berkemampuan dari segi fizikal, emosi dan sebagainya. Selain itu, mahasiswa/i juga berpeluang untuk membina jati diri dari aspek komunikasi, keyakinan diri serta mampu berkolaborasi dan membina hubungan dalam kalangan masyarakat. Program seperti ini juga mampu merealisasikan harapan kerajaan dalam melahirkan mahasiswa/i yang mampu meneraju dan proaktif dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Kursus LMCR1102 Sukarelawan Khidmat Bakti di bawah Pusat PengajianCitra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program Sulam Kaseh Warga Emas 2.0 di kawasan perumahan Bandar Tun Razak pada 28 Mei 2022 (Sabtu) yang lalu. Seramai 52 mahasiswa/i daripada kursus Kesukarelawan Khidmat Bakti telah terlibat. Antara objektif program ini adalah bagi membuka mata mahasiswa/i berkenaan isu-isu kemasyarakatan terutamanya terhadap warga emas yang kurang berkemampuan dari segi fizikal, emosi dan sebagainya. Selain itu, mahasiswa/i juga berpeluang untuk membina jati diri dari aspek komunikasi, keyakinan diri serta mampu berkolaborasi dan membina hubungan dalam kalangan masyarakat. Program seperti ini juga mampu merealisasikan harapan kerajaan dalam melahirkan mahasiswa/i yang mampu meneraju dan proaktif dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Peserta juga telah diberikan dalam kumpulan yang kecil yang terdiri daripada 3 hingga 5 orang satu kumpulan, bagi memudahkan sesi pemantauan. Kumpulan kecil ini telah diberi beberapa buah rumah  untuk dilawati dan menyantuni warga emas yang berada di dalam rumah tersebut. Hal ini, mampu memberikan keyakinan kepada mahasiswa/i dalam berinteraksi, menimbulkan keberanian untuk bercakap serta melahirkan kemahiran untuk menilai keperluan warga emas. Mahasiswa/i juga diminta untuk menyenaraikan keperluan warga emas agar pada lawatan akan datang mereka mampu memberi keperluan yang betul dan mampu menggembirakan hati warga emas tersebut.

Mahasiswa/i juga diberi peluang untuk berkenalan antara satu sama lain agar dapat berkongsi pengalaman serta bertukar pendapat antara mereka. Di hujung program, sedikit cenderamata telah disampaikan oleh Penasihat (1) dan Penyelaras kursus, Prof. Madya Fazilah Binti Idris, dan Penasihat (2) Dr Wardah binti Mustafa Din kepada Ketua Taman/ Ketua Projek dan jawatankuasa tersebut serta kepada semua mahasiswa/i yang turut terlibat.

Program Sulam Kaseh 2.0 ini telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa/i berbilang etnik dan warga emas serta memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i tentang kehendak dan keperluan warga emas.