SITI AISYAH HELMI TOKOH SISWA 2022

Sekalung tahniah diucapkan kepada Siti Aisyah Mohamad Helmi, pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Citra yang telah berjaya merangkul Anugerah Penghargaan Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi di
Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2022 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Majlis yang telah berlangsung pada 20 Mac 2023 di Dewan Za’aba, KPT ini merupakan platform bagi mengiktiraf dan memberi galakan kepada mahasiswa yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinanan yang holistik selari dengan aspirasi Kementerian Pendididikan Tinggi. Semoga terus cemerlang!