Info Projek Wakaf Pembangunan Anjung Qurani

PROJEK WAKAF PEMBANGUNAN ANJUNG QURANI, ARAS 4,
PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGENALAN

• Anjung Qurani akan dibangunkan di dalam Koleksi Arab dan Tamadun Islam, Aras 4, PTSL.
• Koleksi Arab dan Tamadun Islam telah dibangunkan sejak tahun 1970 serentak dengan penubuhan perpustakaan dan Fakulti Islam, UKM dan koleksinya telah berkembang kepada 150,000 naskhah sehingga kini.
• Ruang koleksi ini sering dikunjungi dan digunakan oleh pelajar UKM dan pelawat daripada universiti luar seperti USIM, KUIS, UNISZA, UM, UIAM, UIM dan sebagainya. Sejak 2010 hingga kini, jumlah pinjaman bahan Koleksi Arab dan Tamadun Islam telah direkodkan berjumlah 630,265. Jumlah kunjungan ke Anjung Qurani dianggarkan seramai 60,000 orang setahun.
• Selaras dengan perkembangan teknologi serta Revolusi Industri 4.0, keperluan kepada ruang pembelajaran digital, interaktif, kondusif dan moden amat diperlukan oleh semua bidang pengajian termasuk pengajian Al-Quran, Sunnah dan Hadis.

REKA BENTUK, HIASAN DALAMAN DAN SPESIFIKASI

• Anjung Qurani ini akan dilengkapi dengan peralatan seperti berikut :
i. Kelengkapan ICT seperti komputer
ii. Alat bantuan pendengaran
iii. Papan tulis interaktif
iv. Perisian Al-Quran dan Hadis
v. Naskhah Al-Quran
vi. Perabot dan buku rujukan yang bersesuaian

• Saiz Anjung Qurani ini ialah 24.5 kaki (panjang) x 35 kaki (lebar) = 857.50 kaki persegi. Cadangan reka bentuk serta pelan susun atur Anjung Qurani.

JUMLAH WAKAF PEMBANGUNAN ANJUNG QURANI

Jumlah sasaran wakaf bagi pembangunan Anjung Qurani ialah sebanyak RM 93,380.00.

SASARAN PROJEK

• Tempoh sasaran projek siap dibangunkan adalah selama 1 tahun setengah tahun iaitu sehingga bulan Mei 2020.
• Cadangan perasmian projek pembangunan Anjung Qurani ini ialah sempena sambutan 50 tahun UKM pada bulan Mei 2020.

KAEDAH SALURAN WAKAF

1. Sumbangan Secara Tunai (Sekaligus)

• Lengkapkan Borang Wakaf (secara atas talian) di alamat https://…………. Borang tersebut akan diterima oleh perpustakaan;
• Membuat bayaran secara tunai / pindahan kredit / cek / wang pos / bank draft ke dalam akaun UKM atas nama Universiti Kebangsaan Malaysia (CIMB – 98945110302000) di bawah Projek Wakaf Pembangunan Anjung Qurani atau;
• Membuat sumbangan tunai secara elektronik menggunakan Sistem Sumbangan Kepada UKM (Give2UKM) di alamat https://give2ukm.ukm.my/
• Memajukan bukti sumbangan kepada perpustakaan untuk tindakan selanjutnya. (Hubungi Puan Asmany Aza Ahmad, Ketua Unit Penjanaan Kewangan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi. Selangor Darul Ehsan. No telefon 03-89215023, No Faks 03-89256067 ; e-mel: asmany@ukm.edu.my;
• Resit rasmi atas sumbangan disediakan oleh Jabatan Bendahari;

2. Sumbangan Secara Potongan Gaji (kepada Warga UKM sahaja)

• Lengkapkan Borang Wakaf (secara atas talian) di alamat https://…………. Borang tersebut akan diterima oleh perpustakaan;
• Jabatan Bendahari UKM membuat potongan gaji berdasarkan jumlah sumbangan / jadual potongan gaji yang dipersetujui. (Contoh: Jika penyumbang bersetuju menyumbang RM4,800.00 ; dan penyumbang membuat potongan gaji selama 12 bulan, jumlah potongan gaji ialah RM400.00 sebulan).
• Penyata potongan gaji bulanan disediakan oleh Jabatan Bendahari.

MANFAAT KEPADA PENYUMBANG

• Keahlian Kehormat Perpustakaan UKM (bagi sumbangan tunai bernilai RM6,000 ke atas)
• Nama penyumbang / syarikat akan disenaraikan pada “plak” (tertakluk kepada persetujuan penyumbang).
• Menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan secara percuma (tertakluk kepada peraturan Perpustakaan UKM).
• Lain-lain manfaat yang bersesuaian

Kongsikan Halaman Ini: