DigitalUKM | Pusat Teknologi Digital
Saya ingin memberitahu dan menghargai usaha pegawai PTM yang membantu saya tempoh hari iaitu Puan Nur Fazliana bt Ramli, Helpdesk PTM. Beliau menerangkan satu per satu apa yang perlu saya buat sehingga selesai isu pendaftaran bagi kenalan saya yang bakal menjadi pelajar UKM. Panggilan sehingga 30 minit namun beliau sangat sabar dan menyelesaikan isu tersebut dengan sangat baik. Terima kasih banyak puan semoga dipermudah urusan selalu.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Puan Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada staf UKM yang telah membantu saya menyelesaikan masalah ICT dengan begitu cepat dan berkesan. Dedikasi serta profesionalisme mereka amat saya kagumi, mereka berusaha memahami isu yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian, bukannya menolak atau mengabaikannya. Sikap empati dan kesungguhan mereka benar-benar mencerminkan nilai murni dalam perkhidmatan UKM. Terima kasih kerana memberikan bantuan dengan penuh komitmen dan keprihatinan. Usaha anda amat saya hargai dan menjadi contoh terbaik semangat kerja cemerlang warga UKM. Staf terbabit adalah En. Muhammad Shahbudin,En. Bisyri dan En. Shukry
Pusat Teknologi Digital
(DigitalUKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
BORANG SOAL SELIDIK TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP KUALITI PRODUK DAN PERKHIDMATAN ICT UKM