Fakulti Farmasi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) secara aktif melalui pelbagai platform, termasuk pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, serta perkhidmatan komuniti.
Secara umum, program akademik kami direka bentuk untuk melahirkan profesional yang kompeten dan mampu menyumbang kepada kesihatan serta kesejahteraan masyarakat. Kursus seperti Farmasi Kesihatan Awam memberi tumpuan kepada topik berkaitan kelestarian, seperti akses kepada ubat-ubatan.
Penyelidikan dan inovasi kami didedikasikan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan. Tema penyelidikan utama berkisar pada pengurusan penyakit tidak berjangkit dan komplikasinya. Selain itu, kami turut memberi tumpuan kepada pembangunan perkhidmatan profesional yang lebih baik sebagai sebahagian daripada usaha penyelidikan kami.
Program ini melibatkan penyertaan 64 orang staf Fakulti Farmasi (19 lelaki, 45
perempuan) dan dijalankan selama 3 hari 2 malam. Antara aktiviti utama ialah Night Jungle Walk dan
pemerhatian hidupan liar, jungle tracking ke Bukit Teresik, lawatan ke perkampungan Orang Asli, serta
tugasan dan pembentangan kumpulan yang menekankan komunikasi, kolaborasi, penyelesaian masalah
dan penggunaan bahan kitar semula dalam menghasilkan seni kreatif.
Program ini menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan mental dalam kalangan warga fakulti;
meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti; serta memupuk budaya kerja
positif yang menyokong SDG 3, SDG 8 dan SDG 15.
Aktiviti merangkumi pembersihan kawasan penanaman, bengkel dan praktikal semaian
anak pokok, Urban Garden Talk, aktiviti penanaman pokok, serta pelancaran Projek Eco-Campus dan
Fiesta. Semua aktiviti dijalankan di kawasan Fakulti Farmasi dan Dewan Kuliah 3 dengan penekanan
kepada amalan hijau dan kolaborasi rentas fakulti.
Projek ini berjaya membentuk kesedaran terhadap kemampanan dalam kalangan pelajar
dan staf, memupuk semangat kolaborasi antara fakulti, serta menghasilkan persekitaran fakulti yang lebih
hijau dan sihat. Ia turut menyumbang kepada pengurangan pencemaran udara dan peningkatan biodiversiti
mikro di kampus.
Sesi perkongsian ilmu ‘Urban Garden’ dan ‘Natural Cosmetics’. Bengkel interaktif Cosmetics Workshop booth tanaman dan gerai jualan hijau serta aktiviti kolaborasi dengan pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
Program ini meningkatkan kesedaran terhadap amalan mampan dan konsep ekonomi
hijau; memupuk kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan; menggalakkan integrasi antara
pendidikan, industri kecil hijau dan komuniti tempatan; serta menyumbang kepada persekitaran fakulti dan
komuniti yang lebih cakna terhadap tanggungjawab ekologi.
Program ini telah berjaya memberikan pengalaman yang memperkayakan dan menyeronokkan kepada pelajar farmasi dari negara jiran. Ia juga membolehkan peserta memperoleh pengetahuan tentang amalan farmasi di Malaysia serta peluang untuk meneroka destinasi popular dan mengalami budaya unik, tradisi, dan masakan Malaysia.
Tarikh: 22 – 29 Julai 2025
Peserta: 40 peserta antarabangsa dari Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Filipina, United Kingdom, dan Vietnam
KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN KULIT
‘KULIT SIHAT, ASAS TERBAIK ANDA’
Program ini merupakan karnival kesihatan hibrid yang menekankan penglibatan serta interaksi dengan komuniti mengenai topik penjagaan kulit. Ia juga melibatkan penghasilan poster media sosial bagi meningkatkan pengetahuan umum tentang ubat-ubatan dan kesihatan ketika menggunakan produk penjagaan kulit.
Fakulti Farmasi UKM telah mengadakan program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Kg Felda Lembah Klau, Raub, Pahang. Program ini melibatkan pelajar Prasiswazah dan Sarjana Farmasi Klinikal, Pegawai Farmasi dan pensyarah dari Fakulti Farmasi, Alumni UKM, Kementerian Kesihatan Malaysia PKD Raub, serta Sekolah Kebangsaan (Felda) Lembah Klau.
Aktiviti utama yang dijalankan termasuk Semakan Ubat di Rumah (Home Medication Review, HMR) bagi penduduk Felda yang menghidap penyakit kronik, program kesedaran dan saringan kesihatan untuk semua penduduk Felda, serta program sukan dan hiburan belia, malam kebudayaan dan jamuan di Felda, dan juga program pendidikan di sekolah.
Geran
|
Tajuk Geran |
Penerima |
Pemberi Dana |
Jumlah Geran (RM) |
|
Towards the development of next generation Covid-19 vaccines: Nanoparticle formulation of multi-epitopes lipopeptide-based antigens for intranasal vaccination with thermostability properties (NasoVax). |
FAZREN BIN AZMI |
Dana Langganan Sukuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) |
319,000.00 |
|
Upscaling, Safety and Efficacy of Multifaceted Dressing Embedded with DsiRNA-loaded Gold Nanoparticles for Diabetic Wound Treatment |
HALIZA BINTI KATAS |
Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) |
123,000.00 |
|
Development of a Standardised Formula Containing Marantodes pumilum var. Alata for Support of Menopausal Symptoms and Osteoporosis |
JAMIA AZDINA JAMAL |
Skim Geran Penyelidikan Herba (HRGS) |
350,000.00 |
|
Identifikasi dan Kuantifikasi Vitamin Neurotropik B1, B6 Dan B12 di dalam Produk Herba |
MAZLINA MOHD SAID |
BODYWELL SDN. BHD |
12,000.00 |
|
Nanocarrier mediated targeting of viral proteins: Approach for combating Covid-19 |
MOHD CAIRUL IQBAL MOHD AMIN |
ASEAN India S&T Development Fund (AISTDF) |
213,000.00 |
|
Development of an interactive education tool on diabetes and insulin use for children with T1DM |
NORAIDA MOHAMED SHAH |
Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn. Bhd. |
15,000.00 |
|
Development of Innovative gloves in overcoming skin problems associated with prolonged glove wearing |
NG SHIOW FERN |
Smart Glove Holdings Sdn. Bhd. |
230,500.00 |
|
Pembangunan Monograf Herba Malaysia |
JAMIA AZDINA JAMAL |
Geran Monograf Herba |
65,000.00 |
|
The Effectiveness of Environmental Sustainability-Based Social Entrepreneurship Training Modules among Hulu Langat Community and UKM Pharmacy Students. |
NOR SYAFINAZ YAAKOB |
IOI Properties Group |
10,175.00 |
|
Pembangunan Monograf Herba Malaysia |
JAMIA AZDINA JAMAL |
Geran Monograf Herba |
180,000.00 |
|
Pemerkasaan Taraf Hidup Komuniti B40 Semenyih Dalam Aspek Ekonomi dan Kesihatan |
NOR SYAFINAZ YAAKOB |
PERSATUAN e-SKILL WANITA (PeLITA) |
10,000.00 |
|
Competition theory in pharmaceutical public procurement policy towards sustainable public health care sector in Malaysia. |
ERNIEDA MD HATAH |
Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) |
65,800.00 |