Fakulti Farmasi | Faculty of Pharmacy, UKM

 Menerajui Farmasi Untuk Kesihatan | Advancing Pharmacy For Health

Latar Belakang Fakulti

 

Sejak tahun 1995, Fakulti Farmasi UKM telah menawarkan ijazah sarjana muda dan pascasiswazah yang tersohor dan mendapat akreditasi penuh. Program Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian yang ditawarkan mendapat pengiktirafan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) dan sejak itu telah menghasilkan graduan farmasi yang mahir dengan kadar kebolehgajian yang tinggi sebagai ahli farmasi berdaftar. Kedudukan UKM dalam 200 universiti teratas di dunia membuktikan fakulti ini juga unggul dalam penyelidikan yang canggih dalam bidang pembangunan dadah dan herba, teknologi penyampaian dadah dan penggunaan ubat yang berkualiti. Menggunakan pendekatan holistik, kami membayangkan untuk memberikan pendidikan farmasi berkualiti tinggi, penyelidikan berilmiah dan perkhidmatan kepada profesyen dan masyarakat.

Misi:

Kami komited untuk membimbing pelajar melalui pendidikan farmasi yang inovatif, progresif dan maju, perkhidmatan penyelidikan untuk menghasilkan graduan yang cekap, beretika dan berupaya mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan tanggungjawab sosial.

Visi:

Fakulti Farmasi, UKM sebagai peneraju pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan farmasi yang inovatif dan dinamik untuk kesejahteraan masyarakat global.

  1. Melatih lebih ramai pelajar di bidang farmasi dengan infrastruktur bertaraf dunia terbaik untuk memenuhi keperluan perkhidmatan farmasi di Malaysia.
  2. Melahirkan pelajar yang mengamalkan farmasi dengan akhlak mulia yang menggambarkan etika dan profesionalisme.
  3. Mendedahkan pelajar kepada falsafah pendidikan dan penyelidikan dalam bidang teras.
    areas.

Saya dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan anda ke Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walaupun diketahui umum program kami diakreditasi sepenuhnya, kami juga yakin bahawa kami menawarkan pendekatan yang menarik terhadap proses pendidikan.

Berpacukan Penyelidikan

Penyelidikan adalah teras kepada aktiviti pendidikan kami. Warga fakulti kami terkenal dengan kualiti dan impak penyelidikan yang cemerlang. Terdapat tiga pusat penyelidikan yang menyokong dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan dan pendidikan.

 

Berpusatkan Pelajar

Kami sangat komited dalam memastikan kualiti pengalaman pelajar melalui penyertaan aktif dalam pembelajaran. Program kami memudahkan interaksi pelajar-fakulti pada tahap tinggi dan meningkatkan penglibatan langsung dengan persekitaran kerja, penglibatan komuniti dan projek penyelidikan yang berimpak.

 

Berarahkan Dunia Sebenar

Kami mempunyai komitmen yang kuat untuk memastikan bahawa program kami benar-benar mempersiapkan pelajar untuk pasaran pekerjaan semasa dan masa hadapan. Perkembangan akademik kami disokong oleh alumni dan pemimpin berpengalaman dalam bidang farmasi dan kesihatan. Kami menyediakan persekitaran pembelajaran bertaraf dunia, iaitu Makmal Simulasi Farmasi Klinikal, makmal amali biofarmasi dan amalan farmasi yang moden, dan pusat perubatan untuk pengajaran. Bilik Pembelajaran Aktif kami yang baharu juga akan diguna pakai kelak untuk pengajaran dan pembelajaran. Kami juga membimbing dan mendorong pelajar untuk meneroka pelbagai peluang keusahawanan.

Komuniti Berfokus.

Tidak pernah ada masa yang lebih penting untuk menangani cabaran kesihatan awam negara dan dunia. Semua pelajar dapat mengambil bahagian dalam projek tahunan komuniti kami seperti Program Kajian Ubat Rumah, Operasi Khidmat Komuniti dan Program Kesedaran Farmasi.

Sertailah kami untuk menyerlahkan potensi anda sepenuhnya.
Selamat maju jaya.

Salam hormat,
Prof. Dr. Mohd Makmor Bakry
Dekan

Kampus kami terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, kira-kira 2.5 kilometer daripada Kuala Lumpur City Centre dan Menara Berkembar Petronas.  Kampus kami juga berdekatan dengan Stesen Monorel Chow Kit.

Google Maps: https://goo.gl/maps/JE5tnq1s8kdmUPr86

Kesemua klerksyip klinikal akan dijalankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras. 

Klik disini untuk maklumat lanjut mengenai hospital kami:

https://www.hctm.ukm.my/

 

Google Maps: https://goo.gl/maps/R95suBenEuqeASLz9

KEMASUKAN AKADEMIK

PUSAT KAJIAN

KHIDMAT MASYARAKAT

KERJASAMA STRATEGIK

Asas kepada kejayaan kami adalah berpaksikan pada nilai yang dititikberatkan pada jalinan kerjasama yang erat bersama beberapa universiti rakan kongsi dan pihak industri terkemuka. Hubungan strategik dan korporat kami mendorong kepada keterlibatan fakulti di dalam menjalin kerjasama bersama pihak industri dan komunal yang menjadi pemangkin kepada penigkatan kualiti penyelidikan dan pembelajaran berasaskan pengalaman yang kami sediakan kepada para pelajar.

Secara kolektif, matlamat hubungan strategik ini adalah untuk memupuk jaringan dan kolaborasi yang komprehensif di semua peringkat fakulti, termasuk pengembangan dan pelaksanaan kolaborasi penyelidikan yang inovatif, pengembangan dan pembentukan pengalaman pembelajaran berasaskan dunia nyata, dan pertukaran staf dan pelajar yang berstruktur.

 

Peluang kerjasama:

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jalinan kerjasama strategik dan sebarang pertanyaan, sila emel ke hejim.ffar@ukm.edu.my.

Rakan Strategik: