Fakulti Farmasi | Faculty of Pharmacy, UKM

 Menerajui Farmasi Untuk Kesihatan | Advancing Pharmacy For Health

Lawatan daripada Widya Mandala Catholic University, Indonesia

Pada 27 Februari 2019, seramai 23 orang pelajar farmasi termasuk pensyarah dari Widya Mandala Catholic University telah melawat Fakulti Farmasi, UKM. Beberapa program telah diadakan seperti sesi pengenalan fakulti dan program oleh Dr. Adliah Mhd. Ali. Pelajar telah dibawa ke makmal, dan farmasi komuniti. Lawatan ke sekitar kampus turut diadakan yang dibawa sendiri oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi.

Sesi perkongsian dari PMFFar dilakukan bagi memperkenalkan ahli organisasi PMFFar serta program anjuran PMFFar yang diadakan pada setiap tahun. Sesi perkongsian dari pelajar Widya Mandala Catholic University juga diadakan.

Gambar-gambar : https://photos.app.goo.gl/h8YmBAmZ6PkCN9KT8