Alumni Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM

 Just another Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Sites site

Pendaftaran Alumni

Masih ingatkah anda pada alma mater anda?

Tempat di mana anda berjumpa sahabat baik, tempat anda bertungkus lumus berlari ke perpustakaan untuk menyiapkan assignment. Tempat anda terpaksa berjaga malam kerana tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang perlu dihantar tepat pada masanya.

UKM juga tempat anda berjaya menggegarkan dunia dengan setiap saat setiap detik kejayaan demi kejayaan yang anda rangkul dan tidak terkecuali mungkin tempat bertemu pasangan hidup..

Ingin terus bersama alma mater anda?

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang keemasan ini! Ayuh kongsikan perkembangan terkini dan kemaskini maklumat alumni anda sekarang. Universiti Kebangsaan Malaysia sedang mengesan dan menjejaki alumni bermula kumpulan graduan pertama pada tahun 1973 hingga kini.

MENGAPA?

  1. Bagi menyampaikan berita terkini universiti kepada alumni melalui e-mail dan WhatsApp
  2. Para alumni akan dijemput untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak universiti dari semasa ke semasa
Sehubungan dengan itu, anda dipelawa untuk mengisi borang maklumat alumni terkini di:

https://docs.google.com/a/ukm.edu.my/forms/d/1WxdRLO33wAmbTPpgmqCLO16VXhNLM26wJZPu47Mxk1w/viewform

Ayuh hebahkan makluman ini kepada rakan-rakan alumni UKM yang lain!

KERAHSIAAN !!

Semua maklumat anda adalah rahsia! Ia tertakluk pada Akta Rahsia Personal Data Protection Act 2010

Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan

Pengarah

Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni

Universiti Kebangsaan Malaysia

—————————————————————————————————————————————

Bagi pihak Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), anda boleh hubungi kami:

Penyelaras Alumni

Dr. Maizatulakma Binti Abdullah

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

TEL: 03 – 8921 4635 / 5374

FAKS: 03 – 8921 5789

EMAIL: alumnifep@ukm.edu.my

WEBSITE: http://www.ukm.my/fep/alumni/

 

Untuk sebarang hebahan terkini berkaitan alumni atau sebarang aktiviti FEP, anda juga boleh like page

FB Alumni FEP UKM Official

https://www.facebook.com/Alumni-FEP-UKM-Official-1119146961452502/?fref=ts