JOM JADI ALUMNI FEP UKM

JOM DAFTAR ALUMNI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Masih ingatkah anda pada alma mater anda? Tempat di mana anda berjumpa sahabat baik, tempat anda bertungkus lumus berlari ke perpustakaan untuk menyiapkan assignment. Tempat anda terpaksa berjaga malam kerana tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang perlu dihantar tepat pada masanya. UKM juga tempat anda berjaya menggegarkan dunia dengan setiap saat setiap detik kejayaan demi kejayaan yang anda rangkul dan tidak terkecuali mungkin tempat bertemu pasangan hidup.. Ingin terus bersama alma mater anda? Apa tunggu lagi, rebutlah peluang keemasan ini! Ayuh kongsikan perkembangan terkini dan kemaskini maklumat alumni anda sekarang. Universiti Kebangsaan Malaysia sedang mengesan dan menjejaki alumni bermula kumpulan graduan pertama pada tahun 1973 hingga kini.

JOM DAFTAR ALUMNI FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Mohon kerjasama dari Alumni FEP UKM untuk mengisi borang ini untuk memudahkan fakulti mengemas kini maklumat alumni kami. Borang ini dibuat untuk mengumpulkan maklumat alumni kami dari seluruh dunia. Kami mengumpulkan semua hubungan untuk mengukuhkan ikatan kami untuk usaha yang akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Jom ikuti perkembangan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Fakulti Ekonomi & Pengurusan dengan mengikuti Laman Sosial kami !!!