Alumni Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM

 Just another Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Sites site

Latar Belakang

Sekretariat Jaringan dan Alumni FEP ingin menjemput semua bekas pelajar FEP UKM untuk mendaftar sebagai alumni FEP. Ini adalah bertujuan untuk mengumpul semula bekas-bekas pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (sebelum digabungkan dikenali dengan Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pentadbiran Perniagaan).

Objektif utama alumni FEP UKM ini adalah untuk:
1. Mengumpul dan mengemaskini database dan maklumat alumni
2. Mengeratkan hubungan di antara alumni dan pihak FEP serta alumni dan pelajar
3. Membolehkan pihak FEP menyampaikan maklumat terkini UKM serta menjemput kehadiran alumni untuk peristiwa yang akan diadakan oleh UKM
4. Mewujudkan insentif/hadiah kepada alumni cemerlang sewaktu majlis konvokesyen ukm

Oleh demikian, kami perlukan butiran anda untuk meneruskan ukhwah yang telah dibina sewaktu berada di UKM.

Takrifan Alumni – Semua Mahasiswa/i yang pernah belajar di FEP UKM adalah secara automatik merupakan ahli Alumni FEP UKM. Ini termasuklah pengajian Sijil, Diploma, Ijazah Sarjanamuda, Sarjana dan juga Doktor Falsafah

ms_MYMalay