#FEPterkedepan

 #FEPterkedepan

Pendaftaran

  • Bilakah harus saya menyerahkan X-Ray?
    • X-Ray tidak perlu diserahkan hanya upload softcopy di UPU.
    • Perlu cetak dan lengkapkan Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan

  • Saya pelajar baharu? Apakah proses untuk saya mendaftar?

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU:

    1. Sahkan penerimaan tawaran melalui laman web http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran mulai 3 hingga 25 Ogos 2017.
    2. Sebagai memenuhi aspirasi UKM, saudara/i diminta untuk membangunkan satu video pendek berdurasi tidak melebihi 60 saat dan dimuat naik ke laman sosial seperti instagram atau facebook.  Sila gunakan hashtag #masukukm2017 dan #masukfep2017.
    3. Sistem Analisis Skil Kendiri (ASK@UKM)
      • Semua pelajar WAJIB mengakses dan mengisi Sistem Analisis Penilaian Kendiri (ASK@UKM) sebelum datang mendaftar.  Sekiranya anda telah mengisi analisis ini semasa hadir temuduga tempoh hari, anda TIDAK PERLU mengisi sistem ini.
      • Sistem ASK@UKM mengandungi ujian psikometrik dan survey ringkas.  Cara untuk mengakses sistem Analisis Skil Kendiri adalah seperti berikut:
        1. Layari www.tellnsearch.com (http://www.tellnsearch.com)
        2. Susuri ke ruang “registration/login”
        3. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik “login”
        4. Pelajar diminta mengisi passcode
    4. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki:
      Sila muat naik dokumen berikut (pastikan semua salinan sijil telah DISAHKAN sebelum muat naik ke sistem):-

      1. Slip keputusan SPM
      2. Slip keputusan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/ Diploma/ Setaraf
      3. Slip keputusan MUET/TOEFL/IELTS
      4. Sila kemaskini Maklumat Alamat Terkini
      5. Sila kemaskini Maklumat Waris
      6. Muat naik gambar berukuran paspot (berwarna)  secara atas talian  dengan SEGERA untuk tujuan Kad Kampus. Sila ikuti tatacara / panduan di Sistem Kad Kampus UKM (UKMCard) di laman web http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran.
      7. Persetujuan syarat-syarat kemasukan
      8. Pilihan aktiviti Minggu Mesra Mahasiswa (7 Domain Kemahasiswaan)
    5. Pada hari lapor diri sila bawa maklumat persediaan pendaftaran yang telah dicetak dan lengkapkan :
      • Borang laporan pemeriksaan kesihatan
      • Aliran Trafik Pendaftaran Pelajar

  • Saya adalah pelajar baru. Bilakah patut saya mendaftar?
    • Pada 26 Ogos 2017 (Sabtu)

    Ibubapa/Penjaga yang datang awal untuk mengiringi anak mereka ke UKM dan memerlukan kemudahan tempat tinggal sila  hubungi  Unit Pentadbiran, Pusat Khidmat Siswa, UKM (En Ahmad Azizi Pandak) di No. Telefon 03-89215346 / 0192273577

  • Saya adalah pelajar lama. Bagaimanakah saya mendaftar?

    Daftar melalui SMP, jika tidak berjaya, pelajar dimohon semak perkara berikut:

    • Yuran tertunggak
    • SPPP perlu lengkap diisi

  • Bolehkah saya menukar dari program yang telah ditawarkan kepada saya?

    Pelajar yang telah ditawarkan boleh memohon untuk bertukar program pengajian yang lain tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

  • Saya belum melakukan X-Ray. Di mana boleh saya lakukannya di UKM?

    Boleh dibuat di Pusat Kesihatan UKM selepas mendaftar 28 Ogos 2017.