SARJANA MUDA PERAKAUNAN

1. Ringkasan Program

Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) yang ditawarkan di FEP, UKM merupakan salah satu program pentadbiran perniagaan yang terawal di Malaysia yang telah melahirkan ramai profesional dan tokoh-tokoh industri dalam dunia perniagaan. Program ini direkabentuk untuk menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran terkini dalam bidang pengurusan perniagaan yang membolehkan mereka mengambil tanggungjawab pengurusan dalam organisasi perniagaan dan juga agensi kerajaan. Antara bidang-bidang tumpuan yang ditawarkan adalah pengurusan sumber manusia, pemasaran, perniagaan antarabangsa, kewangan, dan juga pengurusan risiko. Kurikulum yang disediakan bertujuan untuk melahirkan graduan yang peka dengan perubahan semasa dan berupaya menghasilkan idea-idea baru dalam menyelesaikan isu-isu pengurusan yang dihadapi oleh organisasi dalam persekitaran yang dinamik.

2. Kehidupan di Fakulti

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1974 merupakan antara fakulti yang terawal di Universiti Kebangsaan Malaysia. Lokasi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan adalah strategik; berada di pusat aktiviti yang berhampiran dengan kolej-kolej kediaman pelajar, Perpustakaan Tun Sri Lanang, dan Pusanika yang menyediakan banyak kemudahan seperti pos, kedai buku, pejabat aktiviti pelajar, bank, kafe dan lain-lain. Terdapat berbagai peluang program mobiliti kepada pelajar seperti program bersama rakan universiti di luar negara seperti Solbridge University (Korea), Gothernburg University (Sweden), Osaka University of Economics and Law (Jepun), Universitas Indonesia (Indonesia) dan lain- lain lagi. Di samping kegiatan akademik, pelajar-pelajar juga berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dengan menyertai kelab dan persatuan seperti Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP), Kelab Keusahawanan, Kelab Perakaunan dan lain-lain. Pensyarah kursus turut mengadakan lawatan sambil belajar dan kajian lapangan di dalam mahupun luar negara untuk memenuhi keperluan kursus.

3. Maklumat Program

Fakulti : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus : Bangi, Selangor
Ijazah : Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian
Tempoh program : 3 tahun
Hubungi : prasiswazahfep@ukm.edu.my
+603-89215747/3750

4. Kelebihan Program

i) Pensyarah berpengalaman dan pakar dalam bidang
ii) Menggunakan pendekatan pengajaran dan kurikulum terkini untuk kekal relevan dengan perubahan persekitaran perniagaan
iii) Penglibatan industri dalam kurikulum untuk perkongsian ilmu terkini
iv) Peluang untuk terlibat dalam program mobiliti, lawatan industri dan kajian lapangan untuk meningkatkan pembelajaran, membina jaringan, dan pembangunan karier
v) Kemudahan fasiliti untuk memaksimakan pembelajaran