PELAJAR UNTUK MENYERTAI ‘ASEAN INTERVARSITY YOUTH COMPETITION 2021’

Dimaklumkan bahawa Prince of Songkla University, Thailand dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia dan Universitas Airlangga, Indonesia akan menganjurkan ‘ASEAN Intervarsity Youth Competition 2021’ secara dalam talian, dan menjemput penyertaan pelajar prasiswazah dalam pertandingan yang dianjurkan.

Sehubungan itu, sukacita UKM Global ingin memohon kerjasama pihak YBhg. Prof./Datin/Prof. Madya/Dr. untuk membuat hebahan dan menggalakkan penyertaan pelajar ke pertandingan ini.

Pendaftaran akan dibuka bermula 1 hingga 15 Oktober 2021 melibatkan dua pertandingan yang iaitu 1) ASEAN Quiz pada 20 November 2021 dan 2) Speech Contest pada 27 November 2021.

Maklumat lanjut dan borang pendaftaran boleh dicapai melalui pautan https://asean.psu.ac.th/aiyc2021/.

Pelajar yang berminat untuk menghantar permohonan perlu melengkapkan borang pendaftaran yang disahkan oleh pihak universiti. Justeru, UKM Global mencadangkan agar borang pendaftaran tersebut disahkan oleh YBhg. Prof./Datin/Prof. Madya/Dr. sebagai wakil Fakulti.