Program Kembara Sains 2025 ialah satu inisiatif pendidikan sains interaktif yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai kepentingan aplikasi sains reproduktif serta meningkatkan kesedaran tentang peranannya dalam kehidupan seharian melalui ceramah yang menarik, demonstrasi makmal dan aktiviti interaktif. Program ini memperkenalkan konsep sains secara mudah difahami dan sesuai dengan peringkat umur. Ia menyokong matlamat pendidikan STEM negara serta menggalakkan amalan kesihatan yang bertanggungjawab dan berpengetahuan.
Tajuk: Program Kembara Sains bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia
Tarikh: 13 Ogos 2025
Masa: 8.15 pagi – 1.00 petang
Tempat: DK1, Bangunan Pra-Klinikal
OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang fisiologi sistem reproduktif
Memupuk rasa ingin tahu, inovasi dan pemikiran saintifik
Mengukuhkan kerjasama antara sekolah dan institusi pengajian tinggi.
ATURCARA PROGRAM
MAKLUMAT SUMBANGAN
PERTANYAAN
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
03-9145 8600/ 8601/ 8611
Prof. Madya Dr. Jaya Kumar Murthy/ Pn. Amiza/ Pn. Diana/ Pn. Azlina