Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Sekitaran
Program Kerja Kursus
Sepenuh Masa : 1 – 2 tahun
Separuh Masa : 2 – 4 tahun
40 Jam Kredit
Mengenai Kursus
Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Sekitaran ditawarkan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM. Ia menggabungkan pengetahuan dalam bidang sains sekitaran yang merangkumi ekosistem, impak dan
pengurusan, pengurusan sisa pepejal dan cecair, kejuruteraan air sisa, dan reka bentuk alat kawalan pencemaran udar. Program sarjana ini merupakan program multidisiplin yang menggabungkan tiga
program kejuruteraan iaitu kejuruteraan kimia, kejuruteraan awam dan kejuruteraan mekanikal. Antara kursus yang ditawarkan adalah Pengurusan Alam Sekitar: Ekologi, Audit dan Taksiran Kesan, Pengurusan Sisa Buangan Industri, Kimia Pencemaran Udara dan Alat Kawalan, Rawatan Air Sisa dan
Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran.
Keperluan Akademik
PNGK 2.50 dan ke atas daripada universiti yang diiktiraf; atau
PNGK 2.00 – 2.49 daripada universiti yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja; atau
Minimum PNGK 3.00 daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan; atau
PNGK 2.99 dan ke bawah daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan dan 5 tahun pengalaman kerja.
Syarat Bergraduat
Penilaian kursus dijalankan tanpa peperiksaan.
Kursus Teras
Kaedah Penyelidikan dan Inovasi
Projek I & II
Pengurusan Alam Sekitar: Ekologi, Audit & Taksiran Kesan
Proses Rawatan Air Sisa Lanjutan
Pengurusan Sisa Industri
Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran
Kimia Pencemaran Udara dan Alat Kawalan
Kursus Elektif
Analisis Risiko Sekitaran
Teknologi Karbon Rendah
Kecerdasan Buatan & Analitik Data
Eko-Komuniti Simbiosis
Permodelan Air Bandaran
Penukaran Biojisim dan Biorefineri
Pemulihan Tenaga dari Bahan Bakar Sisa & Biojisim
Amalan Kesihatan Industri dalam Industri Kimia
Sebarang pertanyaan sila hubungi