Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Kimia
Program Kerja Kursus
Sepenuh Masa : 1 – 2 tahun
Separuh Masa : 2 – 4 tahun
40 Jam Kredit
Mengenai Kursus
Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Kimia ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses sebagai
program kerja kursus. Program ini meliputi kursus-kursus teras bidang kejuruteraan kimia seperti proses
reka bentuk dan pengoptimuman, reka bentuk proses menggunakan teknik simulasi, analisis risiko &
keselamatan dan pengurusan projek. Lanjutan dalam teknologi baru juga ditawarkan melalui tiga pilihan
modul; Kejuruteraan Biokimia, Kelestarian Teknologi Proses dan Kejuruteraan Tenaga. Setiap modul yang
ditawarkan memberi tumpuan mendalam dalam bidang kejuruteraan kimia lanjutan seperti kejuruteraan
bioproses, teknologi biofarmaseutikal dan biobahan lanjutan dalam modul Kejuruteraan Biokimia, teknologi
pemisahan hijau, pengurusan sisa buangan industri dan eko-komuniti simbiosis dalam modul Kelestarian
Teknologi Proses dan teknologi tenaga keterbaharuan, tenaga suria dan teknologi selfuel dalam modul
Kejuruteraan Tenaga. Selain itu, kemahiran penyelidikan juga ditawarkan dalam dua kursus berbentuk
tesis projek. Pada akhir program ini, pelajar bukan sahaja perlu memahami, tetapi boleh mengaplikasi dan
membangunkan teknologi terkini mereka tersendiri dalam industri kimia dan biokimia seperti yang
disenaraikan di atas.
Keperluan Akademik
PNGK 2.50 dan ke atas daripada universiti yang diiktiraf; atau
PNGK 2.00 – 2.49 daripada universiti yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja; atau
Minimum PNGK 3.00 daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan; atau
PNGK 2.99 dan ke bawah daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan dan 5 tahun pengalaman kerja.
Syarat Bergraduat
Penilaian kursus dijalankan tanpa peperiksaan.
Kursus Teras
Kaedah Penyelidikan & Inovasi
Reka Bentuk Sistem
Proses Tindakbalas Lanjutan
Projek 1 & 2
Dinamik dan Kawalan Proses Lanjutan
Teknik Simulasi Untuk Aplikasi Kejuruteraan Kimia
Teknologi Pemisahan Lanjutan
Kursus Elektif
Teknologi Biofarmaseutikal
Kejuruteraan Biobahan Lanjutan
Eko-Komuniti Simbiosis
Tenaga Suria
Analisis Risiko Kuantitatif
Pemantauan Pendedahan Kimia
Proses Petrokimia dan Plastik
Proses Rawatan Air Sisa Lanjutan
Teknologi Karbon Rendah
Kejuruteraan Bioproses
Proses Hiliran Biologi
Penukaran Biojisim dan Biorefineri
Nanobahan dan Nanoteknologi
Teknologi Hidrogen dan Sel Fue
Analisis Konsekuensi
Amalan Kesihatan Industri dalam Industri Kimia
Pengurusan Sisa Industri
Pemulihan Tenaga dari Bahan Bakar Sisa dan Biojisim
Sebarang pertanyaan sila hubungi