PENDIDIKAN BERKUALITI
MESRA OKU!
merupakan warga kurang Upaya
"Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti”
UKM telah melahirkan
ramai alumni tersohor
Kami Menawarkan Pelbagai Program Pendidikan Berkualiti
Terkini di FPEND
UKM FPEND
MAJLIS ANUGERAH DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN UKM
Semester 2 sesi 2022 / 2023 dan Semester 1 sesi 2023 / 2025/4
4 Mei 2024 | Dewan Budiman | 8.00 am hingga 1.00 pm
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm
… See MoreSee Less
- Likes: 1
- Shares: 1
- Comments: 1
Tahniah Puteri Ainnatasya Yahkup
𝗣𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
Tajuk : Kamus Dwibahasa Braille Inggeris-Melayu pertama Malaysia
Tahniah kepada Dr. Norazmi Nordin daripada Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti atas usaha dalam membangunkan Kamus Dwibahasa Braille.
Semoga terus maju jaya!
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #IlmuMutudanBudi
… See MoreSee Less
Tahniah Dr 👍🏻
Terbaik guru !
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟰
Majlis Anugerah Dekan Fakulti Pendidikan akan berlangsung pada Sabtu ini (4 Mei 2024). Berikut disertakan poster, tentatif serta perincian tema dan kod warna pakaian untuk perhatian para penerima anugerah.
Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi
Tahun 1 & 2: Syafiqah (+6017 5494755)
Tahun 3 & 4: Miesha (+60103225420)
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM
… See MoreSee Less
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗨𝗞𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟰
Ayuh ramai-ramai kita ke Hari Kerjaya UKM 2024 pada 14 dan 15 Mei 2024 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM.
Dijangka lebih 50 majikan dan 1000 peluang pekerjaan / latihan industri tersedia serta pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti:
🧑💻Sesi Temuduga
💼Interaksi bersama Majikan
📈Ceramah Kerjaya & Keusahawanan
📝Semakan Resume & Tips Temuduga
💰Bi$$iswa (Jualan Bazar dari Usahawan Pelajar)
🎁Saguhati kepada Pengunjung dan
🛍️Cabutan Bertuah
Daftar di sini 👉🏻 shorturl.at/CIU06
Jumpa anda disana ✨
Maklumat lanjut, layari laman sesawang: www.ukm.my/ukmkarier/careerfair2024/
#UKM #UKMSharing #UniversitiWatanKita #UKMKarier #UKMCareerBuddies #MARA_GEUKM #HariKerjayaUKM2024
… See MoreSee Less
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛!
Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Syazwan Zainal daripada Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti atas pelantikan sebagai Makmal Pembelajaran Autisme, Fakulti Pendidikan untuk tempoh 2 tahun berkuatkuasa pada 30 Januari 2024.
Semoga Fakulti Pendidikan akan terus cemerlang sebagai "Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti" diatas pelantikan ini.
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDGs
… See MoreSee Less
Tahniah, Encik Wan!
Tahniah en syazwan atas perlantikan, semoga terus cemerlang
Tahniah
Tahniah
CongratsSyazwan Zainal😇😇
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛!
Sekalung tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan Inovasi Tadika Tunas UKM dan Makmal Pembelajaran Autisme yang berjaya membawa pulang 3 pingat EMAS melalui "National Innovation Competition In Education (NICE) 2024" anjuran AMRASS dengan kerjasama IPG Perempuan Melayu Melaka yang telah berlangsung pada 27 dan 28 April 2024 di Institut Latihan Perindustian Kota Bharu, Kelantan.
Kumpulan 1: Kamariah Abu Bakar, Intan Nur Ain Isewan, Norhashimah Hassan, Mas Atiqah Mohd Tahir, Nabihah Safuraa Zakaria
Inovasi : Magnetic Maze Game
EMAS : Kategori Profesional
Kumpulan 2: Aliza Alias, Salmiah Bujang, Noor Syuhada Mohd Yusof, Nur Lydia Husna Abu Zaren & Nur Fatmi Solihah Pauzi
Inovasi :Kit Ganjaran
EMAS : Kategori Profesional
Kumpulan 3: Aliza Alias, Salmiah Bujang, Shaheera Azreen Yaacob & Ainor Azwani Aznan
Inovasi: Jom Menyurih Garisan
EMAS : Kategori Profesional
Semoga terus cemerlang!
… See MoreSee Less
Memorandum Persefahaman UKM dan UNRI … See MoreSee Less
𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗨𝗠𝗡𝗜
Sekretariat Jaringan dan Alumni, FPEND menjemput semua untuk mengikuti Syarahan Alumni yang bertajuk "Global Competence for Globally Competentand Holistic Teachers" yang akan disampaikan oleh Dr. Nur Syafiqah Yaccob, Alumni Fakulti Pendidikan 2023.
Tarikh: 29 April 2024 (Isnin)
Masa: 9 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Seminar, FPEND
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDGs
… See MoreSee Less
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛!
Tahniah diucapkan kepada Dr. Nur Atiqah Jalaludin daripada Pusat Kajian Pembudayaan STEM atas pelantikan sebagai Penyelaras Keusahawanan, Fakulti Pendidikan berkuatkuasa pada 1 April 2024.
Semoga Fakulti Pendidikan akan terus cemerlang sebagai "Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti" diatas pelantikan ini.
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDGs
… See MoreSee Less
Tahniah Dr
Tahniah Dr Atiqah!
Tahniah Dr Atiqah
Congratulations Dr
Tahniah dan syabas dr
Tahniah dr..
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛!
Tahniah diucapkan kepada Dr. Nurazidawati Mohamad Arsad daripada Pusat Kajian Pembudayaan STEM atas pelantikan sebagai Penyelaras Pengajaran, Fakulti Pendidikan berkuatkuasa pada 1 April 2024.
Semoga Fakulti Pendidikan akan terus cemerlang sebagai "Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti" diatas pelantikan ini.
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDGs
… See MoreSee Less
Tahniah Dr Azida❤️
Congratulations Dr
Tahniah Dr Azida ❤️
Tahniah dr..
𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 & 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛
Pihak Fakulti Pendidikan ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada Dr. Hazrati Husnin dari Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran & Pengajaran di atas perkhidmatan cemerlang sebagai Penyelaras Teknologi Pembelajaran di Fakulti Pendidikan.
Terima kasih di atas sumbangan dan komitmen tinggi yang telah dicurahkan semasa memegang jawatan tersebut.
Semoga YBrs. Dr terus cemerlang dan akan terus menyumbang kepakaran dalam pelbagai bidang kepada Fakulti dan UKM.
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
Tahniah Dr
Tahniah Dr Haz… semoga dipermudah segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik… Terima kasih untuk segala ilmu yang diberikan… ✌️
Tahniah Dr Hazrati 👍
Tahniah dr
𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡
Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Norazmi Nordin dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti atas penerimaan Geran Penyelidikan Luar Muslim Care Malaysia Society.
Tajuk penyelidikan :
Penghasilan Kamus Braille Inggeris-Melayu Pertama di Malaysia dan Impak Penggunaannya terhadap Literasi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Ketidakupayaan Penglihatan Kategori Buta
Tahniah dan semoga terus maju dalam penyelidikan!
#FPENDkongsi #FakultiPendidikan #ukm #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
Congratulations… Waaaa. Terbaik DrMohd Norazmi Nordin .
Tahniah doc 🫶
Tahniah Dr
Alhamdulillah tercapai antara hajat guruku Dr Azmi
Congrats dr
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗡𝗗𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗟𝗬𝗧𝗘𝗖𝗛𝗡𝗜𝗖 𝗖𝗢𝗟𝗟𝗘𝗚𝗘, 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔
25 April 2024, Bangi: Satu lawatan delegasi daripada Shandong Polytechnic College, China telah diadakan di Bilik Gerak Minda 3, Fakulti Pendidikan. Pertemuan ini dijalankan bersama dengan Presiden Shandong Polytechnic College dan wakil-wakil delegasi . Tujuan diadakan pertemuan ini adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama, program dan aktiviti antara UKM dan Shandong Polytechnic College
Hadir dalam ini mewakili Fakulti Pendidikan ialah Prof Ts. Dr. Mohamad Sattar Rasul, Pengerusi Pusat Kajian Pembudayaan STEM, Dr. Hanita Hanim Ismail, Penyelaras Hubungan Antarabangsa & Program ODL (TESL), Dr. Fathiyah Mohd Kamaruzaman dan Dr. Marlissa binti Omar, Pensyarah Pusat Kajian Pembudayaan STEM.
… See MoreSee Less
𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡
Zhengzhou China, 22 April 2022 – Satu kunjungan hormat telah berlangsung antara Fakulti Pendidikan UKM dengan Universiti Perniagaan Zhengzhou (Zhengzhou Business University, ZBU). Delegasi Fakulti Pendidikan UKM diwakili oleh Dr. Khairul Azhar Jamaludin (Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan, Industri dan Masyarakat (HEJIM) ) sebagai wakil Dekan. Dr. Maslawati Mohamad, (Pengerusi Pusat Kajian Inovasi dan Pengajaran) (Penyelaras LoI), Dr. Syar Meeze Mohd Rashid (Ketua HEJIM), Dr. Nur Ainil Sulaiman (Ketua Program Siswazah), Dr. Azlina Abdul Aziz (Ketua Program Prasiswazah) serta Professor Dr. Melor Mohamad dan Pn Nur Yasmin Khairani Zakaria, (Pensyarah bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua).
Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh En. Wu Zeqiang yang merupakan Presiden ZBU dan En Liu Shengyang, Naib Presiden ZBU serta para jawatankuasa tertinggi Universiti Perniagaan Zhengzhou. Pertemuan telah dimulakan dengan ucapan aluan serta terima kasih daripada Presiden universiti. Dalam ucapan aluan, beliau amat berbesar hati atas kehadiran wakil Fakulti Pendidikan. Selain itu, beliau telah menerangkan berkaitan program serta perkembangan pencapaian universiti yang telah ditubuhkan selama 20 tahun. Setelah itu, program diteruskan dengan mesyuarat perbincangan kerjasama antara dua universiti serta majlis menandatangani Surat Hasrat Kerjasama (LoI) antara Fakulti Pendidikan dan Sekolah Bahasa Asing serta Kesusasteraan (School of Foreign Language & Literature).
Diharapkan dengan kunjungan hormat dan majlis LoI ini dapat meningkatkan lagi hubungan yang baik antara kedua-dua buah universiti dan membuka peluang lebih baik dalam usaha membangunkan bidang pengajian bahasa.
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDG #SDG4 #ZBU
… See MoreSee Less
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗧𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗢𝗥 𝗔𝗗𝗝𝗨𝗡𝗚
BANGI, 22 April 2024- Telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Profesor Adjung, Profesor. Dr. Werner Sommer di Bilik Gerak Minda 6. Penyerahan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Prof. Dr Mohd Mahzan Awang, Dekan Fakulti Pendidikan. Hadir bersama didalam majlis ini Prof. Madya Dr. Harwati Hashim, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Prof. Madya Dr. Hasnah Toran, Pengerusi Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti, Dr. Muhammad Syawal Amran, Penyelaras Strategi, Dr. Shahlan Surat, Pensyarah Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran dan Dr. Faridah Mydin Kutty, Pensyarah Pusat Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan.
Fakulti Pendidikan merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Prof. Dr. Werner Sommer atas kesudian beliau melapor diri untuk menerima watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung di Fakulti Pendidikan. Semoga penyerahan watikah pelantikan ini mampu mengukuhkan matlamat Fakulti Pendidikan sebagai ‘Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti’.
Fakulti Pendidikan juga mengalu-alukan kedatangan Professor Adjung, Prof. Dr. Werner Sommer ke Fakulti Pendidikan selama 2 minggu bermula 21 April sehingga 5 Mei 2024.
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatankita #SDG #SDG4 #SDG8
… See MoreSee Less
𝗣𝗔𝗡𝗚𝗚𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜
(International Conference on Community Education and Well-Being) (ICCEW 2024)
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENDIDIKAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI (International Conference on Community Education and Well-Being) (ICCEW 2024) pada 29 Jun 2024 (Sabtu). Tema Persidangan kali ini ialah “Melestarikan Pendidikan untuk Kesejahteraan Sejagat (Sustaining Education and Well-Being in Community)”.
Oleh yang demikian, pihak penganjur ingin menjemput pihak YBhg. Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, untuk menghantar kertas kerja bersama-sama pelajar siswazah seliaan masing-masing untuk menyertai persidangan ini. Persidangan ini juga adalah terbuka kepada pelajar Universiti Awam, Kolej dan Universiti Swasta serta Institusi Pendidikan Guru.
Untuk makluman, yuran pembentangan adalah RM100 untuk pelajar manakala bukan pelajar adalah RM150.
Pendaftaran dan penghantaran Abstrak boleh dilakukan melalui link berikut:
tinyurl.com/iccew2024 sebelum atau pada 30 April 2024 manakala Pengesahan Penerimaan Abstrak adalah pada 5 Mei 2024.
Penghantaran akhir kertas kerja dan pembayaran yuran adalah sebelum atau pada 19 Mei 2024.
Penerbitan
i. E-Prosiding Persidangan
ii. Makalah terpilih akan ditawarkan untuk terbitan di Jurnal Indeks ERA-Internatonal Journal of Academic in Progressive Education and Development dengan tambahan bayaran dan Jurnal Pusat Research in Community and Well-Being
Maklumat Pembayaran
Nama Akaun: Universiti Kebangsaan Malaysia
Nama Bank: CIMB Bank Bhd
No Acc: 8002234307
Kod Swift: CIBBMYKL
Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Bazri Mokhtar (Urus Setia) di talian 011-3225 9091
… See MoreSee Less
𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗕𝗜𝗧𝗔𝗡
Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Nurwina Anuar dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti atas kejayaan penerbitan WoS Q1 di "British Journal of Sports Medicine"
Tajuk artikel :
The sports and health programme for indigenous people at the Kampung Gumum, Pahang, Malaysia
Semoga terus cemerlang!
#FPENDkongsi #fakultipendidikan
#UKM #UniversitiWatanKita #SDG #SDG4
… See MoreSee Less
Tahniah Dr Ukm yang terbaik
Terbaik..
𝗣𝗔𝗡𝗚𝗚𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗢𝗡𝗚𝗥𝗘𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 (𝗞𝗣𝗞) 𝟮𝟬𝟮𝟰
Sukacita dimaklumkan UKM Pakarunding Sdn. Bhd. dengan kerjasama Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan menganjurkan Kongres Pendidikan Komuniti (KPK) 2024 yang bertemakan “Kajian Tindakan Dalam Pembangunan Komuniti & Pendidikan Awal Kanak-Kanak” pada ketetapan berikut:
Tarikh: 27 Jun 2024
Tempat: Secara dalam talian (Platform Zoom)
(*tertakluk kepada perubahan)
Sehubungan itu, pihak penganjur amat berbesar hati menjemput para ahli akademik, penyelidik, dan pelajar siswazah untuk bersama-sama menyertai seminar KPK2024 ini.
Tarikh Penting:
• Pemberitahuan Penerimaan Kertas Kerja Penuh dan Abstrak pada 2 April – 7 Jun 2024
• Tarikh akhir penyerahan Abstrak/Kertas Kerja pada 31 Mei 2024
• Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran pada 14 Jun 2024
Pendaftaran & penghantaran abstrak boleh dilakukan di pautan berikut : sites.google.com/view/kpk2024/utama
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatanKita #SDG
… See MoreSee Less
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗗𝗜𝗠𝗔𝗡, 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡
BANGI, 22 April 2024- Telah berlangsung Majlis Penyerahan Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan daripada pihak kontraktor dan pihak Jabatan Pembangunan Prasana-UKM kepada pihak pengurusan Fakulti Pendidikan. Hadir dalam majlis ini pihak pengurusan Fakulti Pendidikan yang diketuai oleh Prof. Dr. Mahzan Awang, Dekan Fakulti Pendidikan, Prof. Madya Dr. Harwati Hashim, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Dr. Suziyani Mohamed, Timbalan Dekan Pra-Siswazah, Dr. Nurfaradilla Mohamad Nasri, Timbalan Dekan Siswazah, Dr. Bity Salwana Alias, Pengerusi Pusat Kajian Kepimpinan & Polisi Pendidikan, Prof Ts. Dr. Mohamad Sattar Rasul, Pengerusi Pusat Kajian Pembudayaan STEM, Pn. Rosnani Boyak, Ketua Pentadbiran diikuti pegawai dan staf Fakulti Pendidikan . Hadir bersama didalam majlis ini En. Zolkefli Mohamad, Pengarah Jabatan Pembangunan Prasana-UKM (JPP-UKM) dan wakil-wakil daripada JPP-UKM.
Dewan ini telah mula diubahsuai dan dinaiktaraf bermula 23 Mei 2023 dan siap secara rasmi pada 8 Mac 2024 yang lalu. Dewan ini boleh memuatkan kapasiti sehingga 274 orang serta dilengkapi skrin paparan LED dan sistem siaraya terkini.
Pihak Fakulti Pendidikan mengucapkan terima kasih atas usahasama pihak yang terlibat dalam menjayakan projek pengubahsuaian dan naik taraf Dewan Budiman ini.
… See MoreSee Less
Lawa dh dewan budiman… daftar belajar semulalah.. hehe
𝗪𝗘𝗟𝗖𝗢𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗝𝗨𝗡𝗖𝗧 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗦𝗢𝗥
The Faculty of Education is delighted to welcome our Adjunct Professor, Professor Dr. rer. soc. habil. Werner Sommer, i.R, to the Faculty of Education, UKM, from April 21 to May 5, 2024.
In conjunction with his appointment, several academic programs will be held, as follows:
1. Academic Workshop: Understanding Children & Adolescents Executive Functions
Date: 23 April – Tuesday
Time: 10.00 am – 4.30 pm
Locate: Audio Visual STEM Room
2. How to win an International Research Grant
Date: 24 April – Wednesday
Time: 2.30 pm – 4.00 pm
Locate: Room Gerbang Minda
3, Academic Workshop: Neuroscience in Education: When does it make sense?
Date: 29 April – Monday
Time: 10.00 am – 12.30 pm
Locate: Audio Visual STEM Room
4. How to Publish Q’s Paper
Date: 30 April – Tuesday
Time: 10.00 am – 12.30 pm
Locate: Audio Visual STEM Room
All are invited to join.
#FPENDkongsi #fakultipendidikan #UKM #UniversitiWatankita #SDG #SDG4 #SDG8
… See MoreSee Less
Warga FPEND
PROFESSOR
Pencapaian FPEND 2022
Pusat-Pusat Kajian di FPEND
MATLAMAT PENDIDIKAN
Fakulti Pendidikan bertujuan untuk memperluas pengetahuan semasa ke arah perubahan paradigma yang akan memperkasa dan meningkatkan profesion keguruan, serta meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu semasa dalam pendidikan.
WEBSITE INI MESRA OKU!
Hampir 1 billion pengguna internet di seluruh dunia merupakan warga kurang upaya.
JOM BERSAMA KAMI
Peneraju Inovasi Pendidikan
Bersama Kita Cemerlang
NO. PEJABAT AM
+603 8921 6237 / 6461 / 6238
FAKSIMILI
+603 8925 4372
EMEL
info_fpend@ukm.edu.my
Isnin-Khamis
08:00 pagi – 01:00 tengahari
02:00 petang – 05:00 petang
Jumaat
08:00 pagi – 12:15 tengahari
02:45 petang – 05:00 petang
Kami sedia membantu
Alumni
"Tuntutlah Ilmu. Disaat kamu miskin , ia akan menjadi hartamu. Disaat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu."
"Hasil tertinggi dalam pendidikan adalah toleransi kerana kepersamaan hanya wujud jika faham perbezaan"
"Academic must endeavour in continual research, teaching, practicing and servicing for the community"
"Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal, tetapi daripada semangat yang tidak pernah mengalah "
"SUDIR: Sense of purpose, Understand the situation, Develop the best strategy, Invest time & effort, Review. "
"Jadilah seorang yang boleh membawa perbezaan"