Bahasa

Penterjemah Google

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Fakulti Pendidikan | Faculty of Education – Together We Excel

Soalan Lazim

Apakah kemudahan yang disediakan di Fakulti Pendidikan?

Jawapan: Terdapat banyak kemudahan disediakan di fakulti untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif  kepada pelajar:

  • Makmal Komputer: Fakulti Pendidikan mempunyai lima buah makmal komputer untuk kegunaan para pelajar. Semua pelajar boleh menggunakan makmal komputer tersebut tertaklok tiada kelas dijalankan di makmal tersebut.
  • Pusat Sumber Fakulti Pendidikan: Pusat Sumber Fakulti Pendidikan (PSFP) menyimpan tesis-tesis dan kertas ilmiah yang dihasilkan oleh pelajar PhD, sarjana dan prasiswazah dari tahun 1980 hingga kini, serta bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.  Hanya pelajar yang mempunyai kad pelajar sahaja dibenarkan memasuki pusat sumber pada masa perkhidmatan. Tempoh masa perkhidmatan bagi PSFP adalah antara jam 8 pagi sehingga 5 petang.
  • Pusat Akses Kendiri: Fakulti mempunyai sebuah Pusat Pembelajaran Kendiri (Self-Access Centre) diterajui oleh Penyelaras Program TESL dengan dibantu oleh seorang kakitangan sokongan. Pusat ini mempunyai 22 buah komputer serta bahan-bahan bacaan yang berkaitan pendidikan.
  • Ruang-ruang pembelajaran (Gazebo): Terdapat banyak ruang pembelajaran disediakan di sekitar fakulti untuk kegunaan pelajar termasuklah Gazebo-gazebo yang boleh digunakan sebagai tempat perbincangan kumpulan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar

Apakah persatuan pelajar untuk pelajar program prasiswazah yang terdapat di Fakulti Pendidikan?

 Jawapan:
 Semua pelajar prasiswazah Fakulti Pendidikan secara automatik adalah ahli kepada PENDIDIK iaitu persatuan mahasiswa Fakulti Pendidikan. pelajar-pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PENDIDIk yang juga merupakan salah satu wadah untuk pelajar menyuarakan pandangan mereka untuk penambahbaikan program juga kebajikan pelajar.

Adakah bantuan kewangan diberikan kepada pelajar?

Jawapan : 
Pelajar yang memerlukan bantuan kewangan perlu berhubung dengan Jabatan perkhidmatan pelajar. Sila klik (JPP) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Apakah program pengajian pascasiswazah yang ditawarkan di UKM?

Jawapan:
UKM menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat pascasiswazah. Maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan, sila klik di sini: (Fakulti dan Institut).

Bilakah pengambilan untuk program pengajian pascasiswazah ditawarkan?

Jawapan: Pengambilan untuk program pengajian mod kerja kursus ditawarkan dua (2) kali setahun pada September dan Februari setiap tahun. Manakala pengambilan untuk pengajian mod penyelidikan adalah sepanjang tahun.

Berapa semester pengajian dalam setahun?

Jawapan: Terdapat dua (2) semester pengajian dalam setahun.

Berapakah kadar yuran pengajian untuk setiap semester?

Jawapan: Kadar yuran untuk pelajar tempatan adalah seperti berikut (klik pada jadual yuran)Kadar yuran untuk pelajar antarabangsa, adalah seperti berikut (klik pada jadual yuran) (tertakluk kepada perubahan sila rujuk ke laman web PPS untuk kadar yang terkini)

Berapakah bilangan semester minimum dan maksimum untuk pengajian peringkat PhD dan Sarjana?

Jawapan: Bilangan semester minimum pengajian untuk peringkat PhD adalah enam (6) semester untuk sepenuh masa dan lapan (8) semester untuk separuh masa.

Bilangan semester maksimum untuk peringkat PhD adalah dua belas (12) dan untuk sepenuh masa dan empat belas (14) untuk separuh masa.
Untuk pengajian peringkat Sarjana, bilangan semester minimum adalah dua (2) semester untuk sepenuh masa dan empat (4) semester untuk separuh masa.

Bilangan semester maksimum untuk pengajian peringkat Sarjana adalah empat (4) manakala untuk separuh masa adalah lapan (8).

Bolehkah seseorang calon pascasiswazah menukar bentuk pengajiannya daripada sepenuh masa ke separuh masa atau sebaliknya?

Jawapan: Boleh, tertakluk kepada persetujuan pihak Fakulti/Pusat Siswazah.

Pusat Siswazah UKM boleh dihubungi dengan pautan berikut (Pusat Siswazah)

Adakah sebarang keperluan kursus Bahasa Inggeris seperti IELTS dan TOEFL sebelum memasuki ke program Sarjana atau PhD di UKM?

Jawapan: Keperluan kursus Bahasa Inggeris IELTS atau TOEFL adalah untuk pelajar – pelajar antarabangsa.

Apakah program prasiswazah yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan?

Jawapan :Program prasiswazah* yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan adalah seperti berikut
  • Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
  • Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Sukan & Rekreasi)
  • Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (TESL)

(*Tertakluk kepada perubahan dalam penawaran program prasiswazah)

Berapa lamakah tempoh pengajian program prasiswazah di Fakulti Pendidikan?

Jawapan: 

Pelajar mesti mengikuti kursus Ijazah Sarjanamuda tidak kurang daripada tujuh semester dan tidak lebih daripada dua belas semester dikira dari tarikh pendaftaran.

Apakah syarat kemasukan ke program Prasiswazah?

Jawapan: Syarat-syarat kemasukan terbahagi kepada beberapa kategori meliputi:

Calon-calon lepasan matrikulasi 

  • Lulus SPM dengan kepujian dalam bahasa Melayu dan
  • Lulus matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/UiTM/Asasi Undang-undang UiTM dengan PNGK 2.00
  • Sekurang-kurangnya Tahap 1 MUET
  • Lulus Ujian Medsi dan temuduga
Calon-calon lepasan Diploma/Setaraf

  • Diploma dalam bidang yang dipohon dari IPT yang diiktiraf dan sekurang-kurangnya PNGK 3.00
  • Lulus Ujian Medsi dan temuduga
Calon-calon lepasan STPM

  • Mendapat sekurang-kurangnya  Gred C (NGMP 2.00)/Gred E (STPM sebelum 2002) dalam mana-mana dua mata pelajaran*
Calon-calon Saluran kedua

  • Memenuhi syarat am universiti serta keperluan khas program atau
  • Diploma dari institusi yang diiktiraf atau
  • Sijil Perguruan Ass dan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman mengajar
  • Lulus ujian/temuduga yang ditetapkan
Calon-calon bukan warganegara

  • Diploma dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 atau
  • Kelulusan A-level atau kelulusan yang setaraf yang  diiktiraf
  • Bagi calon dari Indonesia: Lulus Ujian Akhir Nasional (UAN) dengan sekurang-kirangnya Gred 8.0 atau keputusan akhir Pendidikan menengah Atas dengan sekurang-kurangnya gred 8.5
  • Bagi program Tesl; lulus ujian kemahiran Bahasa Inggeris, Lulus temuduga dan mendapat sekurang-kurangnya 4 dalam MUET

Bolehkah saya (Pelajar Prasiswazah) memohon belajar separuh masa di Fakulti Pendidikan?

Jawapan: Tidak. Buat masa ini semua program pengajian prasiswazah dijalankan sepenuh masa