Program Sarjana Muda Pendidikan

PENDIDIKAN KHAS

Program Sarjanamuda Pendidikan Khas  adalah satu program yang diwujudkan untuk membentuk tenaga manusia yang profesional dalam bidang pendidikan khas.  Matlamat umum program ini adalah untuk menyediakan tenaga professional seperti guru, pensyarah, dan pentadbir yang cekap dalam bidang pendidikan khas  bagi menjalankan tugas di institutsi pengajian, agensi-agensi pendidikan, sektor awam dan sektor swasta.

PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)

Matlamat dan hasil pembelajaran mengambil kira pihak berkepentingan seperti pelajar, perwakilan pelajar, rakan kesepakaran, guru, alumnui, pegawai perkhidmatan pendidikan dan pelawat dari dalam dan luar negara. Program Sarjanamuda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) juga jelas menyokong matlamat UKM secara umum dan Fakulti Pendidikan UKM secara khususnya. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar bagi kursus-kursus TESL manakala bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar bagi beberapa kursus asas. Begitu juga program ini menyokong usaha untuk melahirkan graduan yang berakhlak mulia, pendidik yang professional, pemimpin yang cekap dan berfikiran kreatif dan kritis.

PENDIDIKAN SUKAN & REKREASI

Program Sarjanamuda Pendidikan dengan kepujian (Sukan dan Rekreasi) adalah satu program yang diwujudkan untuk membentuk tenaga manusia yang profesional dalam bidang Sukan dan Rekreasi.  Matlamat umum program ini adalah untuk menyediakan tenaga profesional seperti guru, pensyarah, jurulatih dan pentadbir yang cekap dalam bidang Sukan dan Rekreasi bagi menjalankan tugas di institusi pengajian, agensi-agensi pendidikan, sektor awam dan sektor swasta.