Pengenalan

Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) diadakan setiap dua tahun sekali. Seminar ini merupakan forum terbuka, yang menyediakan peluang kepada semua pemegang taruh pendidikan berkongsi dapatan kajian dan pandangan berkaitan bidang pendidikan. Pemilihan tema “Meneroka & Mengurus Isu-isu Kritikal Pendidikan Negara" bertujuan untuk menjadikan seminar ini adalah suatu wacana yang membolehkan semua pihak berkenaan bertemu dan berbincang secara terbuka tentang strategi yang berkesan bagi menangani isu dan cabaran yang berkaitan dengan pandemik Covid 19 ini.


Seminar ini juga dijangka dapat memberikan maklumat tentang sejauh mana isu serta cabaran yang dihadapi dengan berlakunya suatu perkara di luar jangkaan seperti Covid 19 ini. Amalan baharu dalam pengurusan dan kepimpinan serta perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan suatu dasar yang lebih mengutamakan teknologi dalam pendidikan namun mengambil kira tahap kesediaan guru dan murid serta kesediaan dari segi alatan, kemudahan dan kewangan semua pihak yang terlibat. Hal ini sesuai dengan Sustainability Development Goals (SDG) 4 yang mementingkan pendidikan berkualiti serta adil untuk semua orang serta juga selari dengan aspirasi sistem (akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan) dan aspirasi murid (pengetahuan, kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran kepimpinan, kemahiran dwi-bahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional) sebagaimana yang dihasratkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Seminar ini untuk mendedahkan peserta dengan kepelbagaian pandangan dan idea yang dapat meningkatkan ilmu, kemahiran serta kepakaran masing-masing. Selain pembentangan artikel penyelidikan yang berdasarkan kajian konvensional dan kajian tindakan serta pembentangan kertas konsep, Seminar akan turut memilih tiga artikel utk diberikan “Sijil Kertas Seminar Terbaik”.

Objektif

Perkongsian

Perkongsian Penyelidikan Pendidikan

Pengalaman & Penyelesaian

Membahaskan amalan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan, pelaksanaan polisi/dasar pendidikan semasa pandemik Covid-19.

Kolaborasi

Kolaborasi dari pelbagai organisasi, pelabur &  industri

Penerbitan

Penerbitan hasil penyelidikan, konsep & cadangan

Ucapan Perasmian

Ucap Utama

Forum

Sub-Tema

Pengajaran & Pembelajaran dari Rumah (PDPR)
Pendidikan STEM
Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan
Integriti dalam Pendidikan
Kualiti Guru
Kualiti Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan
Aspirasi Murid
Aspirasi Sistem Pendidikan
Pendidikan Murid B40
Kurikulum & Pedagogi
Pengukuran, Penilaian & Pentaksiran dalam Pendidikan
Keusahawanan dalam Pendidikan
Psikologi Pendidikan
Pendidikan Tinggi
Pembelajaran Dewasa
Perpaduan dalam Pendidikan
Pendidikan khas & inklusif

Tarikh Penting

Tarikh akhir penyerahan Kertas Kerja Penuh
(telah dilanjutkan dari 15 Sept ke 22 Sept 2021)
Maaf..telah ditutup
Tarikh 'PEMAKLUMAN' penerimaan kertas kerja & panduan pembentangan secara berperingkat
24 Sept - 15 Okt 2021
Tarikh akhir pembayaran & penghantaran kertas kerja yang dimurnikan
Maaf..telah ditutup
Tarikh akhir penghantaran pautan video pembentangan
Maaf..telah ditutup

Yuran Penyertaan

Pembentang
(Bukan Pelajar)
RM 150
(dibayar selepas pemakluman penerimaan dan pembetulan kertas kerja)
Pembentang
(Pelajar)
RM 100
(dibayar selepas pemakluman penerimaan dan pembetulan kertas kerja)
Peserta
(Tanpa Pembentangan)
RM 50
Perdaftaran sehingga 13 Nov 2021
Pembentangan melalui rakaman di Youtube

Maklumat Pembayaran

Nama Akaun: Universiti Kebangsaan Malaysia | No Akaun: 8002234307 | Bank: CIMB Bank Bhd | Kod Swift: CIBBMYKL

Maklumat lanjut, sila hubungi

Dr. Bity Salwana Alias
Pengerusi
bity@ukm.edu.my
Dr Syawal Amran
Naib Pengerusi
syawal@ukm.edu.my
Dr Faridah Mydin
Setiausaha 1
faridah_mydin@ukm.edu.my
Emel: skepen2021@ukm.edu.my | Laman Web: https://www.ukm.my/fpendidikan/skepen-2021 | Fax : 03 89254372

Peluang Penerbitan*

Prosiding

Semua kertas kerja yang diterima akan diterbitkan dalam prosiding persidangan.

Jurnal
Jurnal SCOPUS/ESCI/ERA

Kertas kerja yang terpilih akan dijemput untuk diterbitkan dalam jurnal terindek (SCOPUS/ESCI/ERA) dengan bayaran tambahan.

Muat Turun