Fakulti Perubatan

FAKULTI PERUBATAN

Mempelopori Perubatan, Melahirkan Cendekiawan

Sejarah UKM

Kampus yang menempatkan Fakulti Sains dan Sumber Alam ini berpindah ke Bukit Padang, Kota Kinabalu pada 1980. Seterusnya berpindah ke Menggatal, Tuaran pada 1990 bersama Fakulti Sains Pembangunan yang asalnya ditempatkan di Kampus Induk Bangi. Dengan penubuhan Universiti Malaysia Sabah pada 1994, UKM Kampus Sabah ditutup secara rasminya pada 1996 dan kedua-dua fakulti berkenaan dipindahkan ke Kampus Induk Bangi, Selangor. Sejak 45 tahun penubuhannya, UKM telah menghasilkan 170,112 graduan prasiswazah dan siswazah. Universiti ini terus berkembang pesat sebagai sebuah universiti awam terkehadapan yang kini mempunyai tiga belas (13) fakulti dan tiga belas (13) institut kecemerlangan penyelidikan. UKM juga mempunyai entiti yang beroperasi secara komersial, iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd. dan UKM Technology Sdn. Bhd. sebagai satu pendekatan dalam mengkomersilkan dan memasyarakatkan kepakaran yang dimiliki di samping menjana kewangan Universiti.

Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM Bangi
Chancellor Tun Abdul Razak Hall, UKM Bangi