BANGI | 17 Julai – Dr. Mohamad Zulfadzlee Abul Hassan Ashari, Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM telah dilantik sebagai pengerusi yang baharu bagi pusat tersebut berkuat kuasa 15 Julai 2025 menggantikan Profesor Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali yang telah dilantik sebagai Timbalan Dekan Siswazah Fakulti Pengajian Islam UKM pada 1 Julai lepas.
Seluruh warga Fakulti Pengajian Islam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Zulfazdlee dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr Ermy Azziaty atas segala khidmat dan bakti semasa menjalankan tugas sebagai pengerusi pusat tersebut.