GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN SISTEM e-KHIDMAT
PEJABAT HAL EHWAL JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM

  1. Permohonan pendaftaran sistem e-Khidmat adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Walau bagaimanapun, kemudahan ini khusus untuk pendaftaran Lantikan Dalam di peringkat fakulti sahaja.
  2. Bagi pendaftaran kategori Lantikan Dalam UKM (Luar FPI). Pemohon hendaklah merujuk terus kepada urus setia Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang mengeluarkan surat lantikan tersebut.
  3. Urus setia/Pemohon digalakkan untuk membuat permohonan pendaftaran pada hari surat pelantikan diedarkan kepada penama yang berkenaan.
  4. Urus setia/Pemohon boleh membuat permohonan pendaftaran melalui pautan Google Form e-Khidmat yang baharu berikut: (https://forms.gle/WixbNoxWZEHSu85LA). Platform ini disediakan bagi memastikan kelancaran dokumentasi serta memastikan setiap permohonan yang diterima diambil tindakan dengan segera.
  5. Permohonan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari berkerja. Sekiranya proses pendaftaran mengambil masa melebihi satu minggu, pemohon boleh menghubungi Urus Setia HEJIM secara terus untuk semakan susulan melalui:
    i. Puan Nurul Firdaus atau Puan Shaidatulnurahim (Tel: 03-8921 3847)
    ii. e-Mel: nurulfirdaus@ukm.edu.my / shai_mb@ukm.edu.my
  6. Senarai jawatankuasa hendaklah dikemukakan sebagai dokumen lampiran yang berasingan:
    i. Surat pelantikan AJK; dan 
    ii. Senarai nama AJK (mengikut format yang disediakan).
  7. Pemohon dimohon untuk membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan pelantikan tersebut belum pernah didaftarkan. Langkah ini penting bagi mengelakkan pertindihan data. Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut: Semakan Lantikan Dalam di peringkat Fakulti.
  8. Maklumat urus setia yang mempunyai ID Sistem e-Khidmat di peringkat Fakulti adalah seperti yang berikut:

  1. Penglibatan dalam badan atau persatuan dalam universiti, Jawatankuasa di peringkat Universiti atau PTj, terlibat dalam program/aktiviti yang memberi khidmat kepada universiti.
  2. Latikan Dalam (FPI): Pendaftaran dibuat oleh Urus Setia Pejabat HEJIM.
  3. Lantikan Dalam (PTJ Luar Fakulti): Pendaftaran maklumat oleh PTj yang melantik mengikut surat yang dikeluarkan.

KOD QR untuk melengkapkan permohonan

Tel: 03-8921 3847
(Pn. Nurul Firdaus Ramli / Pn. Shaidatulnurahim Mohd Bakir)

e-Mel: tdhejimfpi@ukm.edu.my / nurulfirdaus@ukm.edu.my

Pejabat Hal-ehwal Jaringan, Industri dan Masyarakat (HEJIM)
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

Sila gunakan pelayar terkini untuk paparan terbaik.

Hak Cipta © 2026 Fakulti Pengajian Islam UKM
Copyright © 2026 Faculty of Islamic Studies UKM