Program Pascasiswazah
-
Program Pengajian yang Ditawarkan
Sarjana (Mod Pengajian: Penyelidikan / Kerja Kursus dan Penyelidikan)
- Sarjana (Syariah)
- Sarjana (Usuluddin dan Falsafah)
- Sarjana (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)
- Sarjana (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
- Sarjana (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)
Doktor Falsafah (Mod Pengajian: Penyelidikan)
- Doktor Falsafah (Syariah)
- Doktor Falsafah(Usuluddin dan Falsafah)
- Doktor FalsafahPengajian Arab dan Tamadun Islam)
- Doktor Falsafah (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
- Doktor Falsafah (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)
-
Penyelaras Program Doktor Falsafah
SYARIAH 
Dr. Ahmad Dahlan Salleh
B.A. (Hons.)(al-Azhar), M.A. (Cairo), Ph.D (Wales)
Pensyarah Kanan
Pusat Kajian Syariah
+603-89215320
dahlan@ukm.edu.myUSULUDDIN DAN FALSAFAH 
Dr. Nozira Salleh
B.A.(Hons.), M.A. (UIAM), Dok.Fal. (UKMalaysia)
Pensyarah Kanan
Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah
No. Tel: +603 8921 5133
e-Mel: aziera@ukm.edu.myPENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM 
Dr. Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad
B.A.(Hons.)(al-Azhar), S.P.I. (UKMalaysia), Ph.D (UPSI)
Pensyarah Kanan
Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam
No. Tel: +603 8921 5580
e-Mel: suzail@ukm.edu.myPENGAJIAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN 

Prof. Madya Dr. Abd. Ghafar Don
Sm.P.I.(Kep.)(UKMalaysia), M.Phil.(Birmingham), Ph.D (Malaya)
Profesor Madya
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan
No. Tel: +603 8921 3503
e-Mel: a.g.don@ukm.edu.myPENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH 
Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah
B.A. (Hons.)(Yarmouk), S.P.I. (UKMalaysia), Ph.D (Malaya)
Pensyarah Kanan
Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah
No. Tel: +603 8921 5514
e-Mel: tokwedin@ukm.edu.my -
Penyelaras Program Sarjana
Syariah 
Dr. Amir Fazlim Jusoh @ Yusoff
B.A. (Hons.)(al-Azhar), M.Sh. (Malaya), Ph.D (Aberdeen)
Pensyarah Kanan
Pusat Kajian Syariah
No. Tel: +603 8921 5515
e-Mel: amiry@ukm.edu.myUsuluddin dan Falsafah 
Dr. Zul’azmi Yaakob
Sm.P.I.(Kep.), S.P.I. (UKMalaysia), Ph.D (USM)
Pensyarah Kanan
Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah
No. Tel: +603 8921 5508
e-Mel: zulazmi@ukm.edu.myPengajian Arab dan Tamadun Islam 
Firuz Akhtar Mohamad Bohari
B.A. (Hons.)(Tehran), M.A. (St. Louis)
Pensyarah
Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam
No. Tel: +603 8921 5564
e-Mel: firuz@ukm.edu.myPengajian Dakwah dan Kepimpinan 
Dr. Mohamad Zulkifli Abdul Ghani
B.A.(Hons.), M.A. (al-Azhar), Ph.D (UKMalaysia)
Pensyarah Kanan
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan
No. Tel: +603 8921 5319
e-Mel: zulghani@ukm.edu.myPengajian Al-Quran dan Al-Sunnah 
Dr. Fadlan Mohd Othman
B.A.(Hons.)(Madinah), S.P.I. (UKMalaysia), Ph.D (UIAM)
Pensyarah Kanan
Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah
No. Tel: +603 8921 5129
e-Mel: fadlan@ukm.edu.my - Direktori Kepakaran
-
Matlamat dan Objektif Pendidikan Program
- Memenuhi keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan dasar Kerajaan serta keperluan Universiti Penyelidikan;
- Memantap dan memperkasakan lagi program Sarjana dan Doktor Falsafah;
- Memenuhi kehendak dan tuntutan semasa yang semakin mencabar, selaras dengan keperluan dan tuntutan industri, penaja dan masyarakat;
- Memenuhi matlamat Universiti khususnya dalam menjadikan fakulti sebagai pusat keilmuan yang terkehadapan, menjana kemahiran memimpin, membimbing, berkomunikasi untuk penyebaran Islam dan pembangunan insan;
- Melahirkan modal insan yang berkemampuan menjadi pakar runding dalam pengkhususan bidang al-Quran dan al-Sunnah;
- Membentuk modal insan yang berjaya dalam profesion yang diceburi;
- Meneruskan pembelajaran sepanjang hayat dan ilmu lanjutan;
- Berkemampuan menjalankan penyelidikan Pengajian Islam secara umum serta al-Quran dan al-Sunnah secara khusus.
-
Syarat dan Kelayakan Umum Kemasukan
Sarjana
- Mempunyai Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang bari dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
- Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam atau pengalaman kerja yang diiktiraf oleh Senat; dan
- Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh proagram (jika berkenaan).
Doktor Falsafah
- Mempunyai Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
- Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Pengajian Islam atau pengalaman kerja yang diiktiraf oleh Senat; atau
- Sedang mengikuti program Sarjana Pengajian Islam di UKM secara sepenuh masa mod penyelidikan dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk menukar status kepada program Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Dekan; atau
- Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam di UKM dengan memperolehi keputusan cemerlang atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktriraf oleh Senat; dan
- Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh proagram (jika berkenaan).
-
Tempoh Pengajian
Attention: The internal data of table “76” is corrupted!
*Program Blended Learning ditawarkan melalui Pusat Kembangan Pendidikan, UKM. Mohon rujuk laman sesawang Pusat Kembangan Pendidikan UKM.
-
Keperluan Bahasa
Bahasa Melayu
Calon bukan warganegara WAJIB mengikuti dan lulus kursus bahasa Melayu melalui Pusat Citra UKM tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti dan lulus kursus bahasa Melayu yang setara, anjuran badan lain yang diperakukan oleh Senat; dan
- Dalam kes tertentu, Senat berhak memberikan pengecualian syarat Bahasa Melayu.
Bahasa Inggeris
- Calon luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat keputusan skor atau band minimum yang ditetapkan oleh program iaitu TOEFL (550), IELTS (band 5) atau MUET (band 3). Keputusan peperiksaan tersebut hendaklah dikemukakan semasa membuat permohonan pengajian.
- Pengecualian boleh diberikan kepada calon luar negara yang berasal daripada negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi ATAU yang menggunakan kelayakan akademik dari institut yang menggunakan Bahasa Inggeris.
Bahasa Arab
- Calon dikehendaki menduduki dan menghadiri bengkel Kelayakan Bahasa Arab yang diadakan.
- Pengecualian akan diberikan kepada calon yang bahasa ibundanya bahasa Arab. Dalam kes tertentu, Senat berhak memberi pengecualian syarat Bahasa Arab.
-
Yuran Pendaftaran, Pengajian & Pemeriksaan Tesis
Yuran Pendaftaran & Pengajian
Attention: The internal data of table “77” is corrupted!Yuran Pemeriksaan Tesis
Bayaran hendaklah dibuat ketika calon hendak menyerahkan tesis untuk pemeriksaan sebelum peperiksaan lisan.
Sarjana (Penyelidikan) RM 1,300 Sarjana (Kerja Kursus dan Penyelidikan) RM 1,300 Doktor Falsafah RM 2,000 -
Syarat Pengijazahan
Calon perlu memenuhi keperluan berikut sepanjang pengajian sebelum layak dianugerahkan ijazah:
Sarjana
- Menghadiri kuliah dan lulus peperiksaan kerja kursus yang berjumlah 12 unit keseluruhannya (mod Kerja Kursus dan Penyelidikan);
- Peperiksaan Kelayakan dan kursus prasyarat (jika berkaitan);
- Membentangkan cadangan usul penyelidikan dalam semester 1 atau 2 (mod penyelidikan);
- Menyediakan satu (1) disertasi tesis yang akan diperiksa oleh dua (2) orang pemeriksa, dan melalui peperiksaan lisan.
- Disertasi tesis adalah tidak melebihi:
- 50,000 patah perkataan (Sarjana – Kerja Kursus dan Penyelidikan);
- 60,000 patah perkataan (Sarjana – Penyelidikan); dan
- Disertasi tesis adalah tidak melebihi:
- Menghasilkan dan menerbitkan 1 jurnal berwasit.
Doktor Falsafah
- Menduduki dan lulus peperiksaan kelayakan dan kursus prasyarat (jika berkaitan);
- Membentangkan cadangan usul penyelidikan dalam semester 1 atau 2 ;
- Menyediakan satu (1) tesis yang tidak melebihi 100,000 patah perkataan dan diperiksa oleh Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa Luar, dan melalui peperiksaan lisan; dan
- Menghasilkan dan menerbitkan 2 jurnal berimpak tinggi.
-
Permohonan Kemasukan
Permohonan adalah dibuka dua (2) kali setahun bagi program mod pengajian Kerja Kursus dan Penyelidikan, manakala program mod pengajian Penyelidikan dibuka sepanjang masa. Permohonan adalah secara atas talian melalui laman sesawang guest.ukm.edu.my.
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
MalaysiaTel: +603 8911 8468 / 8389
Fax: +603 8911 8471
e-Mail: postgraduate.ppa@ukm.edu.my -
Pembiayaan Kewangan
UKM menawarkan skim bantuan kewangan dalam bentuk zamalah dan terhad kepada calon yang memenuhi syarat. Skim zamalah ini dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM). Mohon rujuk laman sesawang research.ukm.my.
-
Hubungi Kami
Eksekutif
Urus Setia Program Pengajian Siswazah (UPPS)
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
MALAYSIATel: +603 8921 3519 / 3543 / 3507 / 3524
Fax: +603 8921 3533
e-Mail: upps.fpi@ukm.edu.my