Ruang-ruang yang dibuka untuk disewa:
- Bilik Mesyuarat Bitara
- Dewan Cendekiawan
- Dewan Sarjana
- Bilik Seminar 1
- Bilik Seminar 2
- Lobi Ilmuan
- Dataran FPI
Tatacara Penggunaan:
- Permohonan perlu dikemukakan kepada Pejabat Dekan Fakulti Pengajian Islam selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh penggunaan.
- Aktiviti yang dilaksanakan tidak bertentangan dengan undang-undang negara, perlembagaan dan peraturan universiti, tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman dan tidak akan mencemarkan imej dan nama baik universiti.
- Pelajar perlu mendapat kelulusan aktiviti daripada Pusat Perhubungan Mahasiswa & Perhubungan Alumni (PPMPA) sebelum mengemukakan permohonan.
- Pembatalan atau pindaan tarikh atau tempat hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum bilik/ruang digunakan dan Pejabat Dekan FPI tidak bertanggungjawab jika terdapat sebarang masalah berikutan pembatalan/pindaan tarikh/tempat tersebut.
- Universiti boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan atas kepentingan universiti.
- Pengguna dipertanggungjawabkan dari segi kebersihan, kesempurnaan dan keselamatan peralatan yang digunakan. Sekiranya didapati kehilangan, atau kerosakan dalam tempoh penggunaan, maka pengguna perlu menanggung kos kehilangan, baikpulih atau penyelenggaraan.
- Pengguna tidak dibenarkan mengubah atau memindah peralatan yang terdapat dalam ruang berkenaan melainkan mendapat kelulusan daripada Pejabat Dekan FPI.
- Pengguna tidak dibenarkan menampal sebarang notis atau sepanduk dengan menggunakan apa jua bentuk bahan pelekat secara terus pada permukaan dinding.
- Pengguna dilarang menganjurkan sebarang aktiviti selain daripada yang diluluskan.
- Pengguna hendaklah memastikan tiada makanan atau minuman dan barang-barang terlarang dibawa ke dalam dewan/ruang yang digunakan.
- Pengguna hendaklah memastikan keadaan ruang dalam keadaan sempurna sebelum meninggalkan ruang berkenaan.
- Pengguna hendaklah mengosongkan dan membawa keluar barang-barang dan peralatan kepunyaan sendiri daripada ruang yang digunakan sebaik sahaja tempoh penggunaan tamat.
- Kadar sewa yang disenaraikan bagi setiap ruang tidak termasuk keperluan peralatan tambahan dan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST).
- Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Cek perlu diserahkan melalui Pejabat Dekan Fakulti Pengajian Islam.