FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Faculty of Islamic Studies

كلية الدراسات الإسلامية

Syarat Kemasukan
Program Sarjana Pengajian Islam

Syarat Kemasukan

Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari UKM atau mana-mana Institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  2. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Calon TANPA kelayakan atau pengalaman kerja dalam bidang Pengajian Islam, tetapi berminat untuk menjalankan kajian rentas disiplin dengan bidang Pengajian Islam,  mesti menduduki kursus prasyarat yang sesuai dan memenuhi PNGK minima yang ditetapkan oleh Program; dan
  4. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  5. Memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); dan
  6. Keperluan Bahasa.

Lulusan dalam negara (yang menggunakan PNGK)

  • minimum 2.75 ATAU;
  • 50 hingga 2.74 dan lulus penilaian dalaman oleh Jawatankuasa di Fakulti.

Lulusan luar negara (yang menggunakan PNGK)

  • minimum 2.75 ATAU;
  • 50 hingga 2.74 dan lulus penilaian dalaman oleh Jawatankuasa di Fakulti.

Lulusan Luar Negara (tidak menggunakan PNGK)

  • Minima Maqbul (45%-54%)

Pelajar Malaysia & Asia Tenggara:

  • 60%; ATAU
  • 55% dan pengalaman bekerja 3 tahun dalam bidang relevan; ATAU
  • 55% dan *penilaian dalaman yang rapi

Pelajar Timur Tengah

  • 60%;

Lulusan Morocco/Iran (Pelajar Malaysia)

  • (10/20) bersamaan minima PNGK 2.75

Lulusan Shubra (tidak menggunakan PNGK)

  • Jayyid (55-69%) ATAU;
  • 54% dan pengalaman bekerja 3 tahun dalam bidang yang berkaitan
Keperluan Bahasa
  1. Bahasa Melayu – Calon luar negara wajib mengikuti kursus Bahasa Melayu (3 kredit) seperti yang ditetapkan oleh Universiti.
    Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti.

  2. Bahasa Arab– Semua pelajar dikehendaki menduduki Kem Modul Bahasa Arab Akademik (KEMBAA) dalam Kursus Bahasa Arab Akademik (PPPZ6033). Pengecualian diberikan kepada calon di mana Bahasa Arab adalah bahasa rasmi atau digunakan sebagai bahasa pengantar.

  3. Bahasa Inggeris– Calon luar negara hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat keputusan skor atau band minimum yang ditetapkan iaitu TOEFL iBT (30-34), TOEFL pBT (396-416), IELTS (4.0) atau MUET Tahap 2.0 (Band 2.0).  Keputusan peperiksaan tersebut hendaklah dikemukakan  semasa membuat permohonan pengajian.
    • Calon yang tidak memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris boleh diberikan Tawaran Bersyarat iaitu pelajar dibenarkan mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris dalaman di UKM dengan had tempoh masa selama dua (2) tahun maksimum dan menduduki peperiksaan berkaitan bagi memenuhi syarat kompetensi Bahasa Inggeris yang ditetapkan.
    • Fakulti boleh memberikan pengecualian kepada syarat kompetensi Bahasa Inggeris sekiranya;
      1. pelajar antarabangsa yang berasal daripada negara yang  menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi; atau
      2. pelajar antarabangsa yang menggunakan kelayakan akademik dari institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepenuhnya.