PROGRAM SIJIL PENGAJIAN ISLAM (Siri 1)
Latar Belakang:
Sijil Pengajian Islam merupakan kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM, sebagai program pembelajaran sepanjang hayat. Program ini dikendalikan oleh pensyarah FPI yang berpengalaman dalam kepakaran masing-masing.
Objektif:
- Menyediakan ilmu asas Islam kepada masyarakat awam.
- Membuka ruang interaksi akademia dengan masyarakat awam.
- Menyemarakkan Pengajian Islam kepada masyarakat.
- Bermula 22 Februari 2020 (Setiap Hari Sabtu Sahaja)
- Sabtu (8.30 pagi – 1.00 tengah hari)
- 10 minggu (40 jam pertemuan)
- Dewan Kuliah di Fakulti Pengajian Islam, UKM
- Warisan Pemikiran Islam
- Akidah Islam
- Fiqh Ibadah Harian
- Persoalan Fiqh Semasa
- Asas Bahasa Al-Quran: Kursus Bahasa Arab untuk Orang Awam
- Pengantar Peradaban Islam
- Fiqh Dakwah
- Isu Bid’ah dan Khurafat
- Asas Ilmu Al-Quran
- Asas Ilmu Hadith
- RM 550.00 (untuk modul softcopy sahaja)
- Pembayaran boleh dibuat melalui Akaun berikut:
- No. Akaun CIMB: 8002234307 atas nama UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
- Borang permohonan yang telah lengkap dan disertakan bersama slip pembayaran yuran pengajian hendaklah diserahkan SEBELUM atau PADA 20 FEBRUARI 2020 kepada:
Penyelaras Sijil Pengajian Islam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
- Borang permohonan yang telah lengkap boleh juga diemelkan berserta slip pembayaran yuran pengajian kepada alamat emel berikut:
maya@ukm.edu.my