SYARAT KEMASUKAN

Program Sarjana

  1. Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  2. kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; dan
  3. memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  4. Memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Program Doktor Falsafah

  1. Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  2. kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Pengajian Islam dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Pelajar yang sedang mengikuti program Sarjana Pengajian Islam di bawah subperaturan 7.1.1 secara sepenuh masa di UKM dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/Pusat Pengurusan Akademik untuk menukar status kepada Program Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Dekan Fakulti; berdasarkan kepada syarat yang ditetapkan; atau
  4. Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan memperoleh keputusan cemerlang dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti dan pengiktirafan oleh Senat; atau
  5. memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  6. memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Keperluan Bahasa

Calon bukan warganegara WAJIB mengikuti dan lulus kursus bahasa Melayu melalui Pusat Citra UKM tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti dan lulus kursus bahasa Melayu yang setara, anjuran badan lain yang diperakukan oleh Senat; dan
  • Dalam kes tertentu, Senat berhak memberikan pengecualian syarat Bahasa Melayu.

Calon bukan warganegara yang tidak mencapai skor minimum TOEFL (550) atau IELTS (Band 5) WAJIB menduduki Ujian Kelayakan dan Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) yang dikendalikan oleh Pusat Kembangan Pendidikan, UKM (PKP).

Calon yang gagal UKBI, WAJIB mengikuti dan lulus Modul Kecekapan Bahasa Inggeris (MKBI). Dalam kes tertentu, Senat berhak memberi pengecualian syarat Bahasa Inggeris.

  • Calon dikehendaki menduduki dan menghadiri bengkel Kelayakan Bahasa Arab yang diadakan.
  • Pengecualian akan diberikan kepada calon yang bahasa ibundanya bahasa Arab.
  • Dalam kes tertentu, Senat berhak memberi pengecualian syarat Bahasa Arab.