𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑, 𝐅𝐀𝐒𝐈𝐋𝐈𝐓𝐈 & 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐀𝐋𝐀𝐌𝐈, 𝐀𝐋𝐀𝐅-𝐔𝐊𝐌

Bagi memastikan semua fasiliti dan kemudahan di Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), ALAF-UKM sentiasa berada dalam keadaan terbaik, sesi pemantauan dan pemeriksaan menyeluruh telah dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) UKM bersama Jawatankuasa Penyelenggaraan ALAF-UKM pada 2 hingga 4 Mei 2025 yang lalu.
 
Dengan usia hampir 35 tahun berbakti kepada penyelidikan biodiversiti tanah tinggi, PPBF terus diberi perhatian dari aspek keselamatan, keselesaan dan kelestarian fasilitinya. Tujuan utama pemeriksaan ini adalah bagi menilai tahap kesediaan fasiliti, mengenal pasti keperluan penyelenggaraan serta memastikan kelancaran operasi PPBF sebagai salah satu pusat penyelidikan utama UKM berada dalam baik dan selamat.
 
Pemantauan ini turut melibatkan penilaian terhadap infrastruktur makmal, menyelenggara sistem bekalan elektrik, air dan saliran serta membaikpulih fasiliti/plot penyelidikan yang bersesuaian dengan cabaran iklim tanah tinggi. Sebagai pusat rujukan penyelidikan sejak 1990, PPBF kekal menjadi simbol komitmen UKM dalam memelihara warisan ekosistem tanah tinggi sambil menyokong aspirasi penyelidikan berimpak tinggi.
 

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

🌐 https://www.ukm.my/fraser/

Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Ikuti Kami

+603-8911 8515
ppbf-alaf@ukm.edu.my

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia

© Pusat Penyelidikan Bukit Fraser

© 2025 Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM