1. Sesi rawatan yang diberikan adalah mengikut temujanji. Temujanji boleh dibuat melalui telefon atau hadir ke kaunter pendaftaran Klinik Terapi Fizikal. Beberapa dokumen penting yang diperlukan semasa pendaftaran, pelanggan diminta membawa dokumen berikut pada temujanji pertama;
- Surat rujukan
- Kad pengenalan / passport
- Surat jaminan daripada majikan (Staf kerajaan / badan berkanun)
- Kad pesara
- Surat daripada sekolah (pelajar sekolah rendah dan menengah)
- Kad kebajikan (OKU)
2. Lawatan rawatan pertama termasuklah penilaian awal oleh fisioterapi mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Rawatan susulan pula mengambil masa di antara 20 minit ke satu jam.