Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

SARJANA OPTOMETRI KLINIKAL

Master of Health Science (Clinical Optometry)

PENGENALAN

Optometri Klinikal merupakan satu profesyen penjagaan kesihatan mata primer. Ia adalah profesyen yang bebas dan perkhidmatannya disediakan kepada orang ramai secara langsung. Seorang optometris adalah seorang pengamal penjagaan kesihatan mata yang mampu memeriksa, mendiagnos dan merawat gangguan sistem visual. Kebolehan seorang optometris untuk mengatasi masalah visual dan merawatnya akan dipertingkatkan melalui program Sarjana Optometri Klinikal.

 

BIDANG PENYELIDIKAN

  • Ambliopia
  • Disleksia
  • Elekrofisiologi
  • Ergonomik visual
  • Fungsi visual dalam kecelaruan okular
  • Kanta lekap silikon hidrogel
  • Kecekapan larutan kanta lekap
  • Keratokonus
  • Miopia
  • Ortokeratologi
  • Penglihatan binokular
  • Penglihatan dan keselamatan jalan raya
  • Penglihatan warna
  • Refraksi Periferal
  • Retinopati pramatang

 

SYARAT MASUK

  • Ijazah Sarjanamuda dalam bidang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.
  • Pemohon antarabangsa dikehendaki mencapai skor minimum 580 bagi TOEFL atau Tahap 6.5 bagi IELTS.

Muat turun Buku Panduan Siswazah Sarjana Sains Kesihatan (Optometri Klinikal)