Fakulti Sains Kesihatan UKM

Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Peneraju Sains Kesihatan

SARJANA SAINS KESIHATAN (MOD PENYELIDIKAN)

FSK UKM menawarkan program Sarjana dalam dua mod yang berbeza: Mod Penyelidikan dan Mod Kerja Kursus.

Program Sarjana Mod Penyelidikan dilaksanakan melalui penyelidikan. FSK UKM menawarkan sebanyak 22 bidang penyelidikan yang boleh dipilih oleh bakal calon. Sepanjang pengajian, pelajar akan menjalankan kerja penyelidikan di bawah penyeliaan staf akademik yang berdedikasi dengan pelbagai kepakaran, yang melibatkan kepelbagaian bidang penyelidikan yang terkini dan memberi impak kepada masyarakat dan negara.

Manakala, program Sarjana Mod Kerja Kursus pula disusun untuk dilaksanakan dalam tempoh satu tahun setengah hingga 2 tahun pengajian, yang menggabungkan kerja kursus dan disertasi bagi mencapai objektif pembelajaran. Buat setakat ini FSK UKM menawarkan  empat program ditawarkan di bawah mod ini.

Matlamat utama kedua-dua program ini adalah untuk meneroka penemuan baharu dan membangunkan kemahiran berfikir kritis secara mendalam, seterusnya melahirkan graduan yang berkelayakan tinggi serta berdaya saing dalam pasaran kerja.

Program Ditawarkan

Bakal calon boleh memilih daripada pelbagai bidang penyelidikan khusus sebanyak 22 bidang, tidak terhad kepada:

  1. Sains Bioperubatan

  2. Pendengaran & Pertuturan

  3. Linguistik Klinikal

  4. Kesihatan Persekitaran

  5. Pengimejan Diagnostik

  6. Sains Forensik

  7. Terapi Carakerja

  8. Pemakanan

  9. Toksikologi

  10. Radioterapi

  11. Fisioterapi

  12. Optometri

  13. Dietetik

  14. Pendidikan Kesihatan

  15. Keselamatan & Kesihatan Industri

  16. Sains Pertuturan & Linguistik

  17. Sains Penglihatan

  18. Pendengaran & Keseimbangan

  19. Entomologi Forensik

  20. Sains Senaman

  21. Teknologi Kesihatan

  22. Sains Rehabilitasi

Jenis Pengajian

FSK UKM menawarkan Ijazah Sarjana Sains Kesihatan yang dilaksanakan sepenuhnya melalui mod penyelidikan.

Tempoh Pengajian

Sepenuh masa: 

  • Minimum 2 semester 
  • Maksimum 6 semester

Separuh masa:

  • Minium 4 semester
  • Maksimum 8 semester

Pelajar antarabangsa hanya dibenarkan untuk mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa

Pengambilan

Dibuka sepanjang sesi pengajian

Syarat Kemasukan
  • ​Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang dan purata nilai gred kumulatif (PNGK) ≥2.75 dari mana-mana institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf oleh Senat;

                                                   atau

  • Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang dan purata nilai gred kumulatif (PNGK) antara 2.50 dan 2.75 boleh diterima tertakluk kepada penilaian terperinci jawatankuasa dalaman;

                                                 atau

  • Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang dan purata nilai gred kumulatif (PNGK) kurang daripada 2.50 dan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima tahun dalam bidang berkaitan dan tertakluk kepada penilaian terperinci jawatankuasa dalaman;

                                                  atau

  • Kelayakan lain; yang sama taraf dengan Ijazah Sarjana Muda dan kelayakan atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat

Manakala, Sarjana Sains Kesihatan (bidang tujahan Fisioterapi)

  • Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang dan purata nilai gred kumulatif (PNGK) ≥3.00 dari mana-mana institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf oleh Senat;

                                                        atau

  • Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang dan purata nilai gred kumulatif (PNGK) ≥2.75 dari mana-mana institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf oleh Senat dan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga tahun dalam bidang berkaitan.
Prospek Kerjaya

Ijazah lanjutan ini membuka pintu kepada kerjaya peringkat tinggi dalam akademik, industri, dan sektor awam. Penekanan kuat terhadap penyelidikan mempersiapkan graduan untuk peranan yang memerlukan kepakaran, analisis kritis, dan kepimpinan.

1. Akademik & Pengajian Tinggi

  • Pensyarah 

2. Perundingan (Sektor Kerajaan & Swasta)

  • Perunding dalam Bidang Sains Kesihatan

  • Perunding Penyelidikan

3. Penyelidikan & Pembangunan (R&D)

  • Pegawai Penyelidik di Institut Penyelidikan: Mengetuai atau menyumbang kepada projek penyelidikan di institut penyelidikan kebangsaan (contohnya, Institut Penyelidikan Perubatan), pusat penyelidikan universiti, atau jabatan R&D dalam syarikat multinasional (contohnya, farmaseutikal, bioteknologi, sains makanan).

4. Amalan Klinikal & Kesihatan Khusus

  • Pakar Klinikal: Memikul peranan amalan lanjutan atau pakar di hospital atau klinik dalam bidang seperti Dietetik, Fisioterapi, Sains Bioperubatan, Radioterapi, atau Audiologi, selalunya mengendalikan kes-kes kompleks dan membangunkan protokol rawatan baru.

5. Kesihatan Awam & Dasar

  • Penganalisis Kesihatan Awam / Ahli Epidemiologi: Bekerja dengan jabatan kesihatan kerajaan (contohnya, Kementerian Kesihatan) atau badan antarabangsa untuk menyiasat corak penyakit, mengurus program kesihatan, dan membentuk dasar kesihatan awam.

  • Pegawai Kesihatan Persekitaran: Pakar dalam memastikan keselamatan awam dengan memantau dan menguatkuasakan peraturan kesihatan persekitaran.

6. Industri & Sektor Korporat

  • Pegawai Hal Ehwal Peraturan  Specialist: Memastikan produk (ubat-ubatan, peranti perubatan, makanan) mematuhi semua peraturan kebangsaan dan antarabangsa sebelum boleh dipasarkan.

Struktur Program

Program pengajian Sarjana Sains Kesihatan di FSK melibatkan pelaksanaan penyelidikan  di bawah penyeliaan rapat oleh jawatankuasa penyeliaan yang dilantik sepanjang tempoh pengajian sehingga tamat pengajian.

Pelajar dikehendaki menambil kursus Kaedah Penyelidikan dan Biostatistik  dan bagi pelajar antarabangsa, wajib untuk mengambil kursus Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh Pusat CITRA UKM.

Penyeliaan

Pelajar akan diselia oeh kakitanga akademik fakulti yang dilantik. Pemohon disaran terlebih dahulu menghubungi penyelia yang mempunyai kepakaran bidang yang dikehendaki sebelum memohon.Cari Penyelia Anda di Sini.

Syarat Bergraduat
  1. Penyempurnaan Kajian Penyelidikan
    Pelajar mesti berjaya menyelesaikan projek penyelidikan di bawah bimbingan jawatankuasa penyeliaan yang dilantik.

  2. Penghantaran dan Pemeriksaan Tesis
    Menyerahkan tesis bertulis yang mematuhi piawaian akademik dan garis pandu pemformatan yang ditetapkan oleh UKM.
    Tesis akan diperiksa dan dinilai secara teliti oleh pemeriksa dalaman dan luaran.

  3. Ujian Lisan
    Menghadiri dan berjaya mempertahankan tesis dalam viva voce (ujian lisan).

  4. Syarat Penerbitan
    Menghasilkan satu (1) artikel saintifik berkaitan penyelidikan yang sekurang-kurangnya telah diterima untuk diterbitkan dalam jurnal berindeks Web of Science (WoS).

  5. Kursus Wajib Universiti
    Lulus kursus Kaedah Penyelidikan dan Biostatistik.
    Pelajar antarabangsa mesti lulus kursus Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh Pusat CITRA UKM.

  6. Tempoh Pengajian
    Memenuhi tempoh pengajian minimum dan maksimum seperti yang diperuntukkan oleh peraturan universiti.

  7. Pematuhan Pentadbiran Kewangan Universiti
    Menyelesaikan semua formaliti pentadbiran dan kewajipan kewangan kepada universiti.

Ketua Program Siswazah Penyelidikan
Izatus Shima Taib

DR IZATUS SHIMA TAIB

HEAD OF POSTGRADUATE RESEARCH PROGRAM CODTIS

DR NURUL FARHANA JUFRI

HEAD OF POSTGRADUATE RESEARCH PROGRAM CORE

DR SUMAIYAH MAT

HEAD OF POSTGRADUATE RESEARCH PROGRAM H-CARE

DR FARAHIYAH WAN YUNUS

HEAD OF POSTGRADUATE RESEARCH PROGRAM I-CAREHAB

PM DR MAHADIR AHMAD

HEAD OF POSTGRADUATE RESEARCH PROGRAM REACH

HEAD OF POSTGRADUATE RESEARCH PROGRAM

Sarjana Sains Kesihatan (Mod Kerja Kursus)

Kekuatan Program
  • Diiktiraf oleh Institute of Biomedical Science (IBMS), UK
  • Graduan dilatih dalam bidang khusus sains bioperubatan seperti Patologi Kimia, Penyakit Berjangkit dan Toksikologi Produk Semula Jadi.
  • Graduan turut didedahkan dengan pengalaman penyelidikan dan makmal yang sangat berharga dalam bidang pengajian khusus tersebut.
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK ≥ 3.0 daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
                           atau

  • Kelayakan lain yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda serta kelayakan atau pengalaman lain yang diiktiraf oleh Senat;

  • Keperluan Bahasa Inggeris (bagi pemohon antarabangsa):

    • IELTS ≥ 5.5

    • TOEFL iBT ≥ 46

    • TOEFL Essentials: 8–9

    • Sebarang bentuk kompetensi bahasa Inggeris lain yang telah diluluskan oleh Senat berasaskan CFER

  • Total credits : 45 units.
  • Accreditation:
    • Malaysian Qualification Framework (MQF) Level 7
    • Malaysian Qualification Agency (MQA)
    • Institute of Biomedical Science UK
Semester 1
  • Teknik Makmal dalam Sains Bioperubatan

  • Teknik Makmal dalam Biologi Sel & Molekul

  • Pengurusan Makmal

  • Kaedah Penyelidikan & Biostatistik

 

  1. Modul Elektif (Pilih SATU)
    • Patologi Kimia

                    i) Lulus dalam Ijazah Sains Bioperubatan ATAU bidang berkaitan dengan penekanan kepada subjek/modul Patologi 

                       dan Biokimia;

                   ii) Mempunyai pengalaman bekerja di makmal Patologi Kimia sekurang-kurangnya 3 tahun.

    • Penyakit Berjangkit
    • Toksikologi Produk Semula Jadi (Pendaftaran minimum: 5 pelajar)

2. Projek Penyelidikan Sains Bioperubatan I

  • Penyelidikan & Penulisan Tesis

  • Projek Penyelidikan Sains Bioperubatan II (projek penyelidikan dan penulisan disertasi)

Bergantung kepada modul yang dipilih, pelajar akan menjalani penempatan makmal di:

  • Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (Modul: Penyakit Berjangkit & Patologi Kimia)

  • Makmal Biokeserasian UKM (Modul: Toksikologi Produk Semula Jadi)

PM DR NUR ZAKIAH MOHD SAAT

Ketua Program Siswazah Kerja Kursus

PM DR JACINTA SANTHANAM

Koordinator
Kekuatan Program
  • Pelbagai kemahiran boleh alih (transferable skillsdiintegrasikan dan diterapkan dalam kurikulum.

  • Kurikulum ini relevan untuk memenuhi keperluan Revolusi Industri Ke-4 (IR4.0).

  • Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus ini akan merangkumi penggunaan multimedia di samping pembelajaran aktif, pembelajaran berpasukan, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan masalah (PBL) dan refleksi bagi membolehkan pembangunan kemahiran kritis dalam kalangan pelajar.

    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan (contohnya: Dietetik, Sains Pemakanan/Pemakanan, Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Sains Bioperubatan, Teknologi Makanan, Pengurusan Perkhidmatan Makanan atau subjek sains lain yang bersesuaian) dengan PNGK ≥ 2.75 daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;

    • Pemohon dengan PNGK < 2.75 hingga ≥ 2.5 serta mempunyai 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang disenaraikan di atas juga layak memohon;

    • Keperluan Bahasa Inggeris (bagi pemohon antarabangsa):

      • IELTS ≥ 5.5

      • TOEFL iBT ≥ 46

      • TOEFL Essentials: 8–9

      • Sebarang kompetensi bahasa Inggeris lain yang diluluskan oleh Senat berasaskan CFER.

  • Total credits : 41 units.
  • Accreditation:
    • Malaysian Qualification Framework (MQF) Level 7
    • Malaysian Qualification Agency (MQA)
Semester 1
  • Modul Teras

    • Penilaian Kritikal dalam Pemakanan

    • Pengenalan kepada Sokongan Pemakanan

    • Pengurusan Pemakanan untuk Penyakit Tidak Berjangkit II

    • Outreach Pemulihan Pemakanan

    Modul Elektif

    • Aspek Perubatan dalam Pemakanan

    • Telekesihatan (Telehealth)

  • Modul Teras

    • Penilaian Kritikal dalam Pemakanan

    • Pengenalan kepada Sokongan Pemakanan

    • Pengurusan Pemakanan untuk Penyakit Tidak Berjangkit II

    • Outreach Pemulihan Pemakanan

    Modul Elektif

    • Aspek Perubatan dalam Pemakanan

    • Telekesihatan (Telehealth)

  • Modul Teras

    • Penyelidikan Pemakanan Klinikal

PM DR NUR ZAKIAH MOHD SAAT

Ketua Program Siswazah Kerja Kursus

DR HARVINDER KAUR A/P GILCHARAN SINGH

Koordinator
Kekuatan Program
    • Penanda aras program pendidikan psikologi klinikal di Malaysia

    • Latihan klinikal yang memenuhi keperluan Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia

    • Kemudahan pengajaran yang lengkap serta persekitaran pembelajaran yang kondusif

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK ≥ 3.0 daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
                     atau
  • Kelayakan lain yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda serta kelayakan atau pengalaman lain yang diiktiraf oleh Senat;
  • Keperluan Bahasa Inggeris (bagi pemohon antarabangsa):
        • IELTS ≥ 5.5

        • TOEFL iBT ≥ 46

        • TOEFL Essentials: 8–9

        • Sebarang bentuk kompetensi bahasa Inggeris lain yang telah diluluskan oleh Senat berasaskan CFER.

  • Total credits : 45 units.
  • Accreditation:
    • Malaysian Qualification Framework (MQF) Level 7
    • Malaysian Qualification Agency (MQA)
Semester 1
  • Metodologi Penyelidikan & Statistik

  • Etika & Amalan Profesional dalam Psikologi Klinikal

  • Ujian & Penilaian Psikologi

  • Psikologi Klinikal Kanak-Kanak & Remaja

  • Psikologi Klinikal Dewasa

  • Psikoterapi I

  • Psikofarmakologi dalam Amalan Klinikal
  • Neuropsikologi
  • Psikologi Kesihatan & Kesihatan Mental Komuniti
  • Psikoterapi II
  • Penempatan Klinikal I
  • Projek Penyelidikan Psikologi Klinikal I

  • Penempatan Klinikal II

  • Projek Penyelidikan Psikologi Klinikal II

  • Penempatan Klinikal III

PM DR NUR ZAKIAH MOHD SAAT

Ketua Program Siswazah Kerja Kursus

PM DR PONNUSAMY A/L SUBRAMANIAM

Koordinator
Kekuatan Program
  • Universiti tempatan pertama yang menawarkan pengajian pascasiswazah dalam bentuk kerja kursus bagi Pemakanan Kesihatan Awam.
  • Dua semester pertama menyediakan asas pengetahuan pemakanan yang luas, terkini dan relevan untuk aplikasi di lapangan.
  • Tempoh kerja kursus yang singkat.
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemakanan, Dietetik atau bidang berkaitan lain dengan PNGK ≥ 2.75 daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
                     atau

  • Kelayakan lain yang setara dengan Ijazah Sarjana Muda serta kelayakan atau pengalaman lain yang diiktiraf oleh Senat;

  • Keperluan Bahasa Inggeris (bagi pemohon antarabangsa):

    • IELTS ≥ 5.5

    • TOEFL iBT ≥ 46

    • TOEFL Essentials: 8–9

    • Sebarang bentuk kompetensi bahasa Inggeris lain yang telah diluluskan oleh Senat berasaskan CFER.

  •  
  • Total credits : 45 units.
  • Accreditation:
    • Malaysian Qualification Framework (MQF) Level 7
    • Malaysian Qualification Agency (MQA)
Semester 1

Modul Teras

  • Penilaian Lanjutan Status Pemakanan

  • Reka Bentuk Penyelidikan & Statistik

  • Dasar Pemakanan Kesihatan Awam

  • Sains Tingkah Laku Kesihatan

  • Projek Penyelidikan I

Modul Elektif (pilih 1)

  • Fisiologi Manusia & Metabolisme Nutrien dalam Kesihatan & Penyakit

  • Epidemiologi Pemakanan

  • Nutrigenomik & Pemakanan Peribadi

Modul Teras

  • Intervensi & Pendidikan Pemakanan

  • Komunikasi Kesihatan Awam

  • Penilaian Kritikal dalam Diet & Suplemen

  • Pendekatan Gaya Hidup untuk Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

  • Projek Penyelidikan II

Modul Elektif (pilih 1)

  • Pemakanan untuk Sukan & Senaman

  • Tingkah Laku Organisasi & Pengurusan Personel

  • Komponen Bioaktif & Fungsinya untuk Kesihatan

  • Projek Penyelidikan III

PM DR NUR ZAKIAH MOHD SAAT

Ketua Program Siswazah Kerja Kursus

AP DR HANIS MASTURA YAHYA

Koordinator

HUBUNGI KAMI

SEKRETARIAT SISWAZAH / POSTGRADUATE SECRETARIAT
Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah) / Deputy Dean Office (Postgraduate) 
Fakulti Sains Kesihatan / Faculty of Health Sciences
Universiti Kebangsaan Malaysia 
Jalan Raja Muda Abdul Aziz 
50300 Kuala Lumpur 
Phone : 03-9289 7038/7983/7614/7517
Email :  postgraduate.fsk@ukm.edu.my 
Website: https://www.ukm.my/fsk/ 

o.b Timbalan Dekan (Siswazah) /Deputy Dean (Postgraduate)
      Fakulti Sains Kesihatan / Faculty of Health Sciences
      Phone : 03-92897388
      Email : tdsfsk@ukm.edu.my