Doktor Falsafah (Penyelidikan)

Doctor of Philosophy

Maklumat Program Pengajian

Bidang Pengajian
  • Komunikasi
  • Sejarah
  • Sains Politik
  • Asia Timur
  • Linguistik
  • Psikologi
  • Kerja Sosial
  • Pembangunan Manusia
  • Pengajian Bahasa Inggeris
  • Strategi & Keselamatan
  • Antropologi & Sosiologi
  • Geografi
  • Sains Pembangunan
  • Kesusasteraan Paskalonial dalam Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu
  • Persuratan Melayu
  • Kajian Bahasa Melayu
  • Pengurusan Persembahan Seni

Mod Pengajian

Penyelidikan Sahaja

Syarat Kemasukan

Calon-calon yang berhasrat untuk memohon kemasukan ke program Doktor Falsafah hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Ijazah Sarjana daripada Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; ATAU
  2. Mana-mana kelayakan setaraf Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat ATAU;
  3. Calon yang sedang mengambil program Sarjana sepenuh masa dibawah perenggan 6(1) (a) di Universiti dan disahkan oleh Pusat Pengurusan Siswazah untuk menukar status pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah dengan kelulusan daripada Dekan Fakulti/Pengarah Pusat Penyelidikan; ATAU
  4. Ijazah Sarjanamuda dengan keputusan Cemerlang daripada Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; ATAU
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperolehi melalui badan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) atau melalui Recognition of Prior Learning (RPL) DAN
  6. Memenuhi kreteria-kriteria lain yang telah ditetapkan oleh program pengajian (jika berkenaan)

Maklumat tambahan untuk syarat kemasukan:

  • Ijazah Sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif 3.00; ATAU
  • Kelayakan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjana (dalam bidang berkaitan) dengan pengalaman yang releven di dalam bidang yang diiktiraf oleh Senat dan UKM;
  • Kertas cadangan penyelidikan di dalam bidang berkaitan

Tempoh Pengajian

Pengajian Sepenuh Masa : Minimum 6 Semester

Pengajian Separuh Masa: Minimum 8 Semester


Yuran Pengajian

Klik disini untuk panduan yuran pengajian

Cara Memohon

Klik disini untuk mengetahui cara permohonan

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Nor Shadira Ramli, Penolong Pendaftar Kanan, Program Siswazah, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM

Email: shadira@ukm.edu.my

Mengapa anda perlu memilih program ini?

Diiktiraf oleh MQA

Ekosistem penyelidikan bersifat semasa

Teknologi pengajaran dan pembelajaran terkini serta pensyarah berpengalaman

Sokongan penyelidikan dan penerbitan

Sekretariat Siswazah, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

td1fssk@ukm.edu.my

+603-8921 5144

Waktu Operasi

ISNIN- KHAMIS

8.00am - 1.00pm

2.00pm - 5.00pm

JUMAAT

8.00am - 12.15pm

2.45pm - 5.00pm

Pemakluman

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768