Perutusan Dekan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pertama sekali marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana di atas limpah kurnianya kita dapat bersama-sama menyambut ulangtahun ke-20 penubuhan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) yang bakal menganjak usia pada 15 November tahun ini.


Kita semua sedia maklum, penubuhan fakulti keramat ini adalah hasil penggabungan daripada tiga rumpun fakulti di UKM iaitu Fakulti Sains Kemanusiaan & Kemasyarakatan (FSKK), Fakulti Pengajian Bahasa dan juga Fakulti Sains Pembangunan. Namun susur galur ketiga-tiga rumpun ini bermula daripada penubuhan Fakulti Sastera, yang merupakan antara fakulti terawal yang ditubuhkan semasa penubuhan UKM. Maka, walaupun pada zahirnya kita akan memasuki usia 20 tahun, tetapi pada fitrahnya usia FSSK sudah melebihi 50 tahun.


Selaras dengan tema sambutan ulangtahun ke-20 FSSK iaitu ‘Pembudayaan Akademik Berprestasi Tinggi’, saya yakin warga FSSK termasuklah kakitangan akademik, pengurusan, sokongan, pelajar dan alumni telah sama-sama menyumbang bakti untuk meningkatkan keterserlahan dan citra FSSK samada di Malaysia dan di mata dunia. Hal ini telah terbukti melalui pencapaian gemilang FSSK di dalam penulisan jurnal akademik berimpak tinggi, perkongsian kepakaran bidang, penyelidikan di peringkat antarabangsa, kecemerlangan sahsiah pelajar dan tidak kurang juga dengan kehebatan para alumninya. Di kesempatan ini, saya menitipkan rasa bangga dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua warga FSSK atas semangat, usaha dan karisma tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang usia penubuhan fakulti ini.


Marilah kita menjadikan usia 20 tahun fakulti tercinta ini sebagai satu menifestasi kematangan kita dalam mencorakkan kegemilangan buat UKM dan Malaysia. Roh dan semangat pejuang-pejuang akademik terdahulu haruslah sentiasa diingati dan tersemat dijiwa agar menjadi TERAS kepada generasi yang akan datang. Sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-20 FSSK.

Prof. Dr. Hjh Hazita Azman

Dekan, FSSK

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

dfssk@ukm.edu.my

+603 8921 5354 (Pejabat Kedekanan)

+603 8921 4741 (Sekretariat Prasiswazah)

+603 8921 5144 (Sekretariat Siswazah)

WAKTU OPERASI

ISNIN-KHAMIS

8.00am - 1.00pm

2.00pm - 5.00pm

JUMAAT

8.00am - 12.15pm

2.45pm - 5.00pm

PEMAKLUMAN

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768