Atlet olimpik negara antara pelajar baharu FSSK
3 OKTOBER 2021: Atlet olimpik negara dalam sukan terjun papan anjal, Nur Dhabitah Sabri adalah merupakan antara pelajar baharu yang mendaftarkan diri bagi mengikuti program pengajian prasiswazah di FSSK. Dhabitah akan memulakan pengajian peringkat prasiswazah di dalam program Komunikasi Media bagi sesi akademik 2021/2022 .
Dhabitah juga antara pelajar yang diterima memasuki UKM melalui program APEL A (Accreditation of Prior of Experiental Learing) di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Melalui program ini kelayakan kemasukan ke program-program pengajian tinggi boleh mengambil kira aspek pengalaman pendidikan tidak formal terdahulu.
Sesi kemasukan dan pendaftaran pelajar baharu UKM bermula pada hari ini secara dalam talian, manakala sesi kuliah akan bermula pada 11 Oktober nanti. Di samping itu juga, kemasukan pelajar secara berperingat ke kampus akan bermula pada 15 Oktober seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
WAKTU OPERASI
ISNIN-KHAMIS
8.00am – 1.00pm
2.00pm – 5.00pm
JUMAAT
8.00am – 12.15pm
2.45pm – 5.00pm
PEMAKLUMAN
Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768
© copyright © 2021| FSSK, UKM