Terkini @FSSK


FSSK terima Anugerah Bitara Pendanaan

30 SEPTEMBER 2021: Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bitara Pendanaan (PTJ/Kumpulan) pada Majlis Anugerah Bitara UKM 2021 yang telah berlangsung secara dalam talian pada hari ini.

Pada majlis berkenaan juga, beberapa orang ahli akademik FSSK turut menerima anugerah atas kejayaan di dalam bidang masing-masing. Prof. Dr. Nrr Hashimah Jalaluddin daripada Pusat Kajian Bahasa & Linguistik (PKBL) memenangi kategori Anugerah Bitara Bahasa Melayu manakala Prof. Madya Dr. Mawar Safei daripada Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu (BITARA-MELAYU) telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bitara Seni dan Kreativiti. Di samping itu juga, Dr. Aizan Sofia Amin daripada Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia (PsiTRA) membawa pulang kejayaan menerusi Anugerah Bitara Keterlibatan Masyarakat, manakala Prof. Dr. Zarina Othman daripada Pusat Kajian Sejarah, Politik & Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA) merangkul kejayaan sebagai penulis bersama bagi kategori Anugerah Bitara Penerbitan Buku(Sains Sosial).

Kesemua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM1000.00 dan sijil. Semoga kejayaan ini bakal memberikan inspirasi kepada seluruh warga UKM untuk bersama-sama mengharumkan nama FSSK tercinta.


Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

dfssk@ukm.edu.my

+603 8921 5354 (Pejabat Kedekanan)

+603 8921 4741 (Sekretariat Prasiswazah)

+603 8921 5144 (Sekretariat Siswazah)

WAKTU OPERASI

ISNIN-KHAMIS

8.00am – 1.00pm

2.00pm – 5.00pm

JUMAAT

8.00am – 12.15pm

2.45pm – 5.00pm

PEMAKLUMAN

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768