Terkini @FSSK


Masa depan sains sosial & kemanusiaan di Malaysia

29 SEPTEMBER 2021: Para penyelidik dan ahli akademik bidang sains sosial dan kemanusiaan seharusnya mengambil peluang mengembangkan ilmu akibat daripada pandemik yang sedang melanda negara dan dunia untuk memberikan satu yang bermakna di masa hadapan. Hal ini telah dibuktikan menerusi perkembangan bidang sains sosial di Malaysia pada harini adalah disebabkan keperluannya dalam memupuk perpaduan bermula pada tahun 1970 akibat daripada tragedi 13 Mei. Demikian merupakan antara pandangan yang dilontarkan oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin di dalam program Bicara Akademia anjuran FSSK pada 29 September.

Menurut Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, masa depan sains sosial dan kemanusian di Malaysia mesti dibincangkan dalam konteks dan kerangka universiti awam di Malaysia kerana bidang ini mempunyai trajektori perkembangan dan tujuan yang berbeza samada dalam pembangunan akademik mahupun pentadbiran. Kajian ilmu kemanusiaan telah wujud sejak 1928 dan kemudiannya diikuti dengan bidang sains sosial pada tahun 1970. Lebih menarik lagi, disiplin-disiplin ilmu sains sosial seperti antropologi, sosiologi, psikologi, sains politik dan komunikasi dianggap terpenting untuk memupuk 'national unity' dan kesemuanya bidang ini bermula di UKM.

Menurut Prof. Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim, yang juga panel pada program ini, kepakaran di dalam bidang sains sosial sangat diperlukan ketika masyarakat dunia sekarang ini masih berada di dalam 'kegelapan' walaupun telah hampir dua tahun seluruh dunia berhadapan dengan pandemik Covid19. Hal ini adalah kerana, kita masih tertanya apakah yang bakal berlaku selepas pandemik ini samada kita akan kembali kepada kehidupan sedia kala atau beradaptasi dengan norma baharu. Banyak isu sains sosial yang timbul kesan daripada pandemik ini seperti ketakutan (enxiety), tekanan serta jurang kepercayaan kepada pihak kerajaan, NGO dan sebagainya akibat daripada kemunculan teori konspirasi. Menurut beliau lagi, kepentingan bidang sains sosial adalah sama penting dan seiring dengan keperluan di dalam bidang sains dan teknologi dalam menghadapi pandemik.

Bicara Akademia FSSK merupakan siri bual bicara yang julung-julung kali dianjurkan oleh Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) khusus untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan sains sosial dan kemanusiaan di Malaysia dengan menampilkan ikon-ikon di dalam bidang berkenaan. Siri pertama program ini telah membincangkan topik 'Masa Depan Sains Sosial & Kemanusiaan di Malaysia' dengan menampilkan dua tetamu iaitu Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) dan juga Prof. Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim, mantan dekan FSSK.


Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

dfssk@ukm.edu.my

+603 8921 5354 (Pejabat Kedekanan)

+603 8921 4741 (Sekretariat Prasiswazah)

+603 8921 5144 (Sekretariat Siswazah)

WAKTU OPERASI

ISNIN-KHAMIS

8.00am - 1.00pm

2.00pm - 5.00pm

JUMAAT

8.00am - 12.15pm

2.45pm - 5.00pm

PEMAKLUMAN

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768