Terkini @FSSK


Graduan FSSK Terima Anugerah Pelajaran DiRaja

27 NOVEMBER 2021: Graduan Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial (Psikologi) daripada Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK), Kavena Sivapragasam, 23, harini telah dianugerahkan Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen UKM yang Ke-49. Majlis penganugerahan telah berlangsung pada Sidang Canselor dan telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM.

Kavena, merupakan anak jati kelahiran Negeri Sembilan merupakan seorang pelajar yang aktif dan cemerlang di dalam bidang akademik, kesukarelawanan serta sukan samada di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Kecemerlangan di dalam bidang akademik tidak perlu disangkal lagi apabila beliau mengekalkan momentum kecemerlangan dengan dianugerahkan Anugerah Dekan sepanjang enam semester berturut-turut. Beliau juga merupakan Ketua Eksekutif, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain dan diiktiraf sebagai Ikon Mahasiswa Psikologi Kebangsaan 2021 dan Ikon Pelajar UKM 2020.

“Anywhere you go, go make positive impact” adalah antara kata-kata azimat yang menjadi pegangan beliau sepanjang bergelar mahasiswa di FSSK, UKM. Di samping itu juga rahsia kejayaan berliau pada harini adalah sentiasa bersungguh dengan setiap perkara yang diminati dan sentiasa mempunyai perancangan masa terhadap setiap perkara yang dilakukan. Beliau turut menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada keluarga, para pensyarah dan FSSK yang telah banyak menyokong beliau sehingga berjaya ke tahap sekarang. Semoga kejayaan Kavena menjadi inspirasi kepada seluruh warga FSSK. Syabas dan tahniah!


Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

dfssk@ukm.edu.my

+603 8921 5354 (Pejabat Kedekanan)

+603 8921 4741 (Sekretariat Prasiswazah)

+603 8921 5144 (Sekretariat Siswazah)

WAKTU OPERASI

ISNIN-KHAMIS

8.00am – 1.00pm

2.00pm – 5.00pm

JUMAAT

8.00am – 12.15pm

2.45pm – 5.00pm

PEMAKLUMAN

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768