Terkini @FSSK


Program FSSK antara terbaik di dunia


Penawaran program-program pengajian yang berkualiti adalah merupakan antara misi utama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mencapai matlamat sebagai salah sebuah universiti bertaraf dunia. Penarafan daripada QS World University Rankings by Subject 2022 telah meletakkan beberapa buah program di UKM di antara yang terbaik di dunia termasuklah program-program daripada Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK), UKM.

Berdasarkan data terkini, tiga subjek di UKM berjaya berada di kedudukan 150 terbaik di dunia dan salah satunya adalah merupakan Bahasa Inggeris & Kesusasteraan (English Language & Literature). Tiga subjek lain di FSSK juga berjaya berada di kedudukan 200 terbaik di dunia iaitu Komunikasi & Pengajian Media (Communication & Media Studies), Geografi dan Bahasa Moden (Modern Language). Tahniah diucapkan kepada seluruh warga FSSK yang sentiasa memastikan program-program di fakulti ini antara yang terbaik. Semoga FSSK dan UKM terus mara di persada antarabangsa!

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

dfssk@ukm.edu.my

+603 8921 5354 (Pejabat Kedekanan)

+603 8921 4741 (Sekretariat Prasiswazah)

+603 8921 5144 (Sekretariat Siswazah)

WAKTU OPERASI

ISNIN-KHAMIS

8.00am - 1.00pm

2.00pm - 5.00pm

JUMAAT

8.00am - 12.15pm

2.45pm - 5.00pm

PEMAKLUMAN

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768