Terkini @FSSK


FSSK Kekalkan Kecemerlangan di Majlis Anugerah MyRA 2022


BANGI, 18 Mei 2022 – Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK), UKM sekali lagi mengekalkan keunggulan sebagai fakulti terbaik gugusan sains sosial di UKM apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Fakulti Cemerlang (Keseluruhan) Bidang Sains Sosial pada Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA 2022 (Penilaian prestasi 2020). Kejayaan ini lebih bermakna apabila FSSK turut membawa pulang Anugerah Fakulti Cemerlang (Kategori Jaringan dan Jangkauan) serta Anugerah Fakulti Cemerlang (Kategori Khidmat Profesional dan Hadiah). Pengiktirafan ini sekaligus membuktikan kehebatan para penyelidik dan pensyarah di FSSK di dalam gugusan sains sosial di UKM bukanlah suatu yang mudah untuk disangkal.

Selain daripada itu juga, beberapa ahli penyelidik di FSSK turut mendapat pengiktirafan pada majlis berkenaan bagi kategori individu. Antaranya adalah Dr. Yew Wong Chin daripada Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (SEEDS) – Anugerah Individu Cemerlang (Pendanaan & Keseluruhan – Kategori Pensyarah), Prof. Dr. Er Ah Choy daripada Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (SEEDS) – Anugerah Individu Cemerlang (Pendanaan-Kategori Profesor), Dr. Rosmiza Mohd Zainal juga daripada Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (SEEDS) – Anugerah Individu Cemerlang (Inovasi- Kategori Pensyarah), manakala Prof. Dr. Norizan Abdul Razak daripada Pusat Kajian Bahasa & Linguistik (PKBL) membawa pulang Anugerah Invidu Cemerlang (Inovasi-Kategori Profesor, Keseluruhan-Kategori Profesor) dan juga Anugerah Khas Penyelidikan Translasi Bidang Sains Sosial. Turut mendapat pengiktirafan adalah penyelidik daripada Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia (PsiTRA) iaitu Prof. Madya Dr. Khadijah Alavi, Prof. Madya Datin Dr. Fauziah Ibrahim dan Dr. Nazirah Hassan, yang membawa pulang Anugerah Khas Jualan Buku Terlaris Penerbit UKM Tahun 2021.

Seluruh warga FSSK amat berbangga dengan pencapaian yang cemerlang ini dan semoga Anugerah Kecemerlangan MyRA ini dapat menjadi platform kepada seluruh warga FSSK dan UKM untuk membakar semangat memberikan yang terbaik kepada universiti watan kita. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada seluruh warga FSSK UKM!


Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

dfssk@ukm.edu.my

+603 8921 5354 (Pejabat Kedekanan)

+603 8921 4741 (Sekretariat Prasiswazah)

+603 8921 5144 (Sekretariat Siswazah)

WAKTU OPERASI

ISNIN-KHAMIS

8.00am – 1.00pm

2.00pm – 5.00pm

JUMAAT

8.00am – 12.15pm

2.45pm – 5.00pm

PEMAKLUMAN

Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768